HONDA CBR150R UNTUK PASARAN INDONESIA TAMPIL DENGAN DUA WARNA DAN GRAFIK BARU

SHARE

PT Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini memperkenalkan pilihan warna dan grafik baru untuk Honda CBR150R. Tampil lebih agresif, jentera sports itu menawarkan warna merah/hitam dan hitam/putih untuk pasaran Indonesia. Selain warna baru itu, AHM masih mengekalkan warna merah (Racing Red) dan Repsol Edition.

Pengarah Pemasaran AMH, Thomas Wijaya menyatakan sejak diperkenalkan pada awal tahun lalu, Honda CBR150R mendapat sambutan memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 26.1 peratus.

Dibina dengan konsep Total Control, Honda CBR150R menjanjikan pengendalian mantap dan seimbang. Rekaan bahagian hadapan jentera kini lebih rendah dan hadir dengan garis-garis tajam.

Honda CBR150R dikuasakan oleh enjin empat lejang D0HC bersesaran 150cc dengan sistem penyejukan cecair. Enjin itu mampu menjana kuasa 18PS pada 9,000rpm dan tork 14.4Nm pada 7,000rpm. Penggunaan bahan api pula sekitar 39.7km untuk setiap liter petrol.

Berdasarkan kepada data Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI), Honda CBR150R mencatat jualan 14,983 unit untuk tempoh Januari dan Februari 2017. Ini merupakan lonjakan sebanyak 99.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Honda CBR150R menjadi antara penyumbang terbesar jualan sports Honda dengan 33.9 peratus. AHM mensasarkan untuk menjual 9,000 unit model itu sebulan.

Model itu ditawarkan pada harga 32.9 juta rupiah (RM10,885) dan 33.8 juta rupiah (RM11,200) untuk Repsol Edition.

BACA: BARU BELI HONDA MSX-125? INI DIA CUSTOM UNTUK ANDA!

BACA: HONDA PERKENAL JENTERA MODEN KLASIK CB1100 EX 

(Visited 7 times, 7 visits today)

Share this post

scroll to top