Motosikal

Honda CBR250 Sport Quarter

Konsep Sport Quarter tampil menerusi empat imej baharu yang sporty. 

Model popular 250cc Boon Siew Honda, CBR250R diperkenalkan dengan pakej warna dan dekorasi grafik serba baharu. Empat penampilan tersebut diserlahkan melalui tema-tema sporty iaitu Tri-Co Racing, Repsol Grand Prix, Mugen Motorsport dan Champion Black.

Untuk makluman, setiap aspek pada CBR250R seperti sesaran enjin, saiz kerangka, kestabilan pengendalian dan posisi tunggangan telah dioptimumkan demi pengalaman menunggang yang lebih mengujakan.

CBR250R sememangnya sebuah motosikal yang seronok ditunggang. Ditawarkan pada harga berpatutan, ia sesuai untuk penunggang baru mahupun berpengalaman.

Jentera itu dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 250cc,  empat injap silinder tunggal DOHC baharu dengan sistem penyejukan cecair. Ia menawarkan prestasi cemerlang pada rpm rendah dan tinggi. Selain mengekalkan ciri-ciri pengendalian sporty sebuah CBR.

Enjin tersebut berfungsi bersama gandingan sistem suntikan bahan api PGM-FI yang canggih.  PGM-FI memastikan pembakaran sempurna melalui penghantaran bahan api yang tepat, sekali gus mampu menjimatkan petrol.

CBR250R turut dilengkapi sistem brek Combined -ABS (C-ABS) sebagai opsyen. Ciri pertama seumpamanya yang dipasang pada jentera 250cc. Sistem itu digandingkan bersama cakera brek lebih besar pada roda hadapan (296mm) dan belakang (220mm) bagi menghentikan jentera itu dengan lebih berkesan.

Suspensi Pro-Link yang sebelum ini hanya terdapat pada motosikal berkuasa besar menjadi satu lagi ciri istimewa CBR250. Ia bertanggungjawab memaksimumkan kestabilan ketika menunggang.

Harganya? Model Tri-Co Racing boleh anda miliki pada harga RM19,999, Repsol Grand Prix (RM20,499), Mugen Motorsport (Rm20,499) dan Champion Black (RM19,499).

Maklumat lanjut CBR250R, sila hubungi talian bebas tol Boon Siew Honda: 1800-88-3993 atau layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my.

[hr top]
Gallery

[hr_invisible] [hr]

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button