Motosikal

HONDA CBR250RR DI MOTOGP SEPANG : KE PASARAN MALAYSIA? INI JAWAPAN YANG KAMI TERIMA

Sejak diperkenalkan ke pasaran dunia di Indonesia pada Julai lepas, Honda CBR 250RR merupakan fenomena terbaru dalam pasaran sportbike suku liter dunia. Honda sedar tentang pasaran motosikal sport kecil sememangnya sedang berkembang pesat.

Selepas menerima respon baik biarpun tanpa spesifikasi teknikal, CBR250RR akhirnya didedahkan dengan spesifikasi terbarunya. Ia dibekalkan dengan enijn 4 lejang DOHC 249.7cc, 2 selinder sebaris, sejukan cecair dan sistem suntikan bahanapi.

cbr 250rr

Enjin 2 selinder ini dibekalkan dengan ciri istimewa, pertama seumpama dalam kategroinya. RIDING MODE, dan pendikit “Throttle drive by wire”. Ia menghasilkan 36.2HP @ 12,500 RPM, 22.5Nm @ 10,500 RPM.

Jika anda ke MotoGP pada hari perlumbaan esok, anda berpeluang untuk melihat motosikal ini dari dekat. Ia dipamerkan di atas pentas utama dan tak dinafikan, pada hari ini, ia menjadi tarikan utama pengunjung di khemah pameran Honda.

cbr 250rr

Jadi persoalannya, adakah akan masuk ke pasaran Malaysia?

Hampir pasti ia TIDAK AKAN DIBAWA MASUK ke pasaran Malaysia. Sedih bukan?. Kita mahukan pilihan selain Ninja dan R25. Tetapi inilah realitinya, kami telah mendapatkan kepastian daripada sumber dari beberapa jabatan berbeza dalam Boon Siew Honda.

Setakat hari ini, ia tidak disenaraikan dalam garisan produk Honda di Malaysia atas beberapa faktor. Paling utama ialah kos. Motosikal ini dipasangkan di Indonesia dan dengan keadaan semasa (polisi cukai, nilai mata wang dan kos) CBR250RR akan menjadi terlalu mahal sehingga menghampiri angka RM30 ribu.

cbr250rr

Ia sangat tidak munasabah dan sudah tentu Boon Siew tidak mahu pasaran CB500R/CB500F/CB500X mereka terganggu kerana harganya sudah sampai ke wilayah 500cc. Pembeli juga sudah tentu tidak dapat menjustifikasikan harga sebuah mesin 250cc pada harga begitu.

Jadi buat masa ini, itulah jawapan jelas yang boleh kami berikan kepada anda. Tapi akan datang kita tak akan tahu apa perancangan seterusnya. Apa yang pasti, produk akan datang yang akan dilancarkan oleh Boon Siew Honda ialah Honda MSX/GROM 125.

Honda MSX/GROM 125 akan dilancarkan tahun depan.

Google ads
Back to top button