Motosikal

HONDA CRF450 RALLY

Honda Motor Co. menerusi pasukan HRC baru-baru ini memperkenalkan jentera lumba Honda CRF450 Rally sebagai persediaan untuk bersaing dalam perlumbaan yang amat mencabar itu.  

300513-1-honrace

Untuk makluman, pasukan HRC kembali menyertai Rali Dakar pada Januari 2013 selepas 24 tahun ‘menghilangkan diri’. CRF 450 Rally dibina berdasarkan kepada model enduro CRF450X yang turut dijual secara komersial. Ia akan bersaing dalam  Dakar Rally – Argentina, Bolivia, Chile bermula Januari 2014.

081013-1-honrace-a

Sepanjang perlumbaan Rali Dakar 2013, pasukan HRC telah mengumpul banyak data penting berkaitan output enjin, prestasi aerodinamik, ketahanan dan keperluan penyelenggaraan. Semua data ini penting untuk tujuan modifikasi dan peningkatan prestasi jentera lumba berkenaan.

081013-1-honrace-b

Hasilnya, CRF 450 Rally mengekalkan sistem pancitan bahan api elektronik Programmed Fuel Injection (PGM-FI). Sistem itu terbukti memberi prestasi terbaik biarpun terpaksa berdepan dengan kondisi permukaan jalan dan cuaca yang ekstrem.

Sama seperti sebelumnya, pasukan HRC bakal menggunakan kombinasi lima orang pelumba dan lima buah jentera untuk mengharung perlumbaan Dakar Rally – Argentina, Bolivia, Chile itu nanti.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button