HONDA EX5 2018 – GAYA VINTAJ PADA HARGA BERMULA RM5,150

SHARE

Boon Siew Honda semalam memperkenalkan Honda EX5 yang kini hadir dengan warna magenta dan jalur retro yang cukup bergaya.

Bukan itu sahaja, lambang serta pemegang belakang krom memberikan imej vintaj kepada model ini. Penutup ekzos krom tidak hanya sekadar untuk nilai estetik, malah ia juga bertindak sebagai ciri keselamatan tambahan daripada haba.

EX5 ialah model cub paling popular di Malaysia. Sejak dilancarkan pada tahun 1987, lebih dua juta unit EX5 telah dijual sehingga April 2018.

Isuzu Dmax Desktop

Harga dan warna untuk EX5 adalah seperti berikut:

Harus tahu bahawa EX5 ialah model cub Honda pertama di Malaysia yang dipasang dengan sistem enjin FI yang dibangunkan untuk meningkatkan kuasa serta penjimatan bahan api.

Menerusi teknik kawalan elektronik, sistem pancitan bahan api (FI) membolehkan enjin hanya memerlukan nisbah udara bahan api yang minimum. Hasilnya, ia mampu menawarkan prestasi yang mesra alam dan kualiti tunggangan lebih baik.

Tangki minyak berkapasiti 4.3L nyata dapat mengurangkan kekerapan mengisi petrol. Sekali gus menawarkan kemudahan kepada penunggang untuk perjalanan yang lebih jauh.

Boon Siew Honda percaya pengenalan EX5 ini akan dapat menarik kumpulan pelanggan yang baru terutama golongan muda.

Jentera itu hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana yang tiba dahulu).

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian Tol-Percuma Boon Siew Honda 1800-88-3993

GALERI

Share this post

scroll to top