Motosikal

HONDA GOLD WING 2015

Gold Wing mula diperkenalkan pasa tahun 1975. Sejak itu, ia terus menjadi sebuah model cruiser yang diminati ramai dan model paling lama dijual di pasaran Eropah. 

honda-gold-wing-2015-mekanika (1)

Para penunggang sememangnya menyukai keselesaan, kuasa tork dan sifat Gold Wing yang mudah untuk dikendalikan. Tarikan utama sebuah Gold Wing pastinya kemampuan untuk bergerak dalam jarak yang jauh dengan selesa. Model yang istimewa ini tampil dalam empat warna dengan dua tona iaitu hitam dan merah. Di samping kunci dan lencana ulang tahun ke-40.

Bahagian hadapan Gold Wing ini menampilkan elemen gaya diagonal yang tegap dan selari dengan garis tubuh hingga ke bahagian belakang. Kapasiti ruang menyimpan barang mencecah 150 liter direka agar lebih aerodinamik dan stabil.

honda-gold-wing-2015-mekanika (3)

Jentera itu dijana oleh unit enjin SOHC dua injap enam silinder. Ia berupaya menghasilkan kuasa mencecah 87kW @ 5,500rpm dan tork maksimum 167Nm @ 4,000rpm. Layout enjin tersebut mengurangkan getaran dan membantu motosikal ini mempunyai titik graviti yang rendah.

Kuasa enjin itu kemudian dialihkan ke roda belakang menerusi kotak gear lima kelajuan dengan gear kelima ialah over drive. Ciri ini membolehkan Gold Wing bergerak pada rev yang cukup rendah, sekali gus mengoptimumkan keselesaan dan mengurangkan penggunaan bahan api.

2012 Honda Gold Wing

Keseronokan menunggang Gold Wing ditingkatkan lagi menerusi sistem bunyi keliling berkuasa 80W yang terdiri daripada enam unit pembesar suara. Radio RDS pula membolehkan penunggang mengakses stesen radio dengan mudah menerusi butang kawalan di hujung jari sahaja.

Untuk aspek keselamatan yang optimum, Gold Wing itu dilengkapi sistem brek Dual Combined ABS, beg udara bersepadu dan navigasi satelit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button