HONDA GOLDWING 2018 – LAMBAKAN TEKNOLOGI MODEN DALAM SEBUAH MOTOSIKAL (+VIDEO)

SHARE

Selepas lima generasi dan 43 tahun kekal dalam produksi, Honda telah mengeluarkan evolusi keenam motor touring terulung mereka, GL1800 Goldwing. Model baru ini adalah lebih ringan, lebih kompak tetapi diperkenalkan dengan suspensi double wishbone baru dibahagian hadapan.

Goldwing memang model istimewa Honda sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1975. Ianya pertama kali diperkenalkan sebagai sebuah roadster naked dengan enjin 4-selinder boxer 1,000cc. Akhirnya kini ia berkembang menjadi sebuah grand tourer dengan enjin 6-selinder 1,800cc.

Sebagai model terbaik Honda ia sentiasa dilengkapkan dengan ciri mewah dan selesa. Ia juga merupakan motosikal pertama yang dilengkapkan denga prototaip sistem beg udara Honda.

Model 2018 ini diperkenalkan buat pertama kali di Tokyo Motor Show ke 45. Ia memang sebuah Goldwing dengan pelbagai pembaharuan yang melayakannya ditabalkan sebagai Goldwing generasi keenam.

Honda telah menukar hampir kesemuanya pada motosikal ini bermula dengan enjinnya. Walaupun ia masih menggunakan enjin 1,800cc flax six, enjin baru ini adalah lebih kecil dan ringan. Malah ia juga diletakkan lebih ke hadapan berbanding sebelumnya. Malah dimensi selindernya kini juga berbentuk segi empat tepat dengan ukuran 73x73mm berbanding 74x71mm sebelumnya.

BACA: YAMAHA STAR VENTURE 2018 – JENTERA TRANSCONTINENTAL TOURING MEWAH, MAHU LAWAN HONDA GOLDWING

Walaupun telah ditala untuk melepasi piawaian emisi yang ketat, GL 1800 2018 ini masih mampu memberikan kuasa yang lebih berbanding sebelumnya. Ia kini mempunyai 125 bhp kuasa dan 170 Nm tork.

Kini motosikal ini juga menggunakan electronic throttle-by-wire dengan fungsi idle stop yang akan mematikan enjin jika berada dalam keadaan statik selama 3 saat. Ia kemudian akan dihidupkan semula dengan menggunakan Honda’s Integrated Starter Generator yang menggabungkan generator dan motor penghidup di dalam satu unit.

Selain daripada itu enjin ini juga turut dilengkapi dengan empat mod tunggangan (tour, sport, ekonomi dan hujan), traction control yang pelbagai pilihan, hill start assist (HSA) dan cruise control.

Goldwing baru ini juga boleh dilengkapkan sama ada dengan kotak gear standard enam-kelajuan manual ataupun kotak automatik klac berganda Honda (DCT). Sistem DCT terbaru generasi ketujuh ini turut didatangkan dengan Walking Mode yang membolehkan motosikal ini bergerak ke hadapan dan ke belakang dengan kelajuan 1.8 km/j dan 1.2 km/j. Ia cukup berguna terutama ketika motosikal anda diletakkan di kedudukan yang agak curam. Letih kalau guna kaki saja untuk tolak keluar dari pakir untuk motosikal sebesar ini.

Model 2018 ini juga turut dilengkapkan dengan kerangkan dan sistem suspensi baru. Bahagian hadapan kini menggunakan suspensi double-wishbone dengan penyerap hentak Showa. Bahagian belakang pula menggunakan lengan buai sebelah Pro Arm lengkap dengan penyerap juga keluaran Showa. Kesemua suspensi ini boleh dilaras secara elektronik mengikut keperluan anda.

Goldwing baru ini memang direka agar lebih ringan berbanding sebelumnya. Lebih tepat lagi ia adalah 48 kg lebih ringan. Tangki petrolnya pula walaupun turut dikecilkan tidak langsung menjejaskan jarak perjalanan motosikal ini dengan isian penuh tangki petrol.

Ia dijangka akan mula dipasarkan menjelang Februari 2018 lengkap dengan sistem kunci pintar, skrin TFT 7-inci lengkap dengan sambungan Bluetooth dan Apple CarPlay. Ia juga akan ditawarkan dua varian yang dinamakan Goldwing standard dan Tour.

Memang puas hati kalau berjalan jauh dengan motosikal secangih ini. Saksikan pautan video di bawah untuk memahaminya dengan lebih mendalam dan melihat sendiri kehebatan Golgwing terbaru ini.

GALERI:

Share this post

scroll to top