Motosikal

HONDA KLASIK UNIT TERHAD

Bagi pencinta Honda, pengenalan edisi terhad model klasik ini pasti akan membuatkan anda ingin memilikinya.

honda-cb1100-mekanika (1)

Kedua-dua model Honda CB1100 Special Edition dan CB1100 EX Special Edition kini dilengkapi sistem brek ABS.

Difahamkan, tempoh tempahan untuk edisi terhad itu dibuka sehingga 1 Jun 2016.

honda-cb1100-mekanika (5)

Model CB1100 Special Edition menerima kemasan warna hitam. Sekali gus menyerlahkan imej klasiknya. Honda menerapkan tarikan garis bendera kotak putih Shasta serta kemilau Jet Black di bahagian tangki dan pelindung sisi.

CB1100 EX Special Edition pula tampil dengan warna titanium blade metallic seperti warna besi. Bahagian tangki minyak dihiasi warna Darkness Black Metallic.

honda-cb1100-mekanika (6)

Kedua-dua jentera tersebut menggunakan enjin Honda EBL-SC65 bersesaran 1,140cc. Bagaimanapun, kuasa yang dihasilkan adalah berbeza.

CB1100 mampu menghasilkan kuasa  87hp @ 7,500rpm dan tork 93Nm @ 5,000rpm. Sementara CB1100 EX berkeupayaan menjana kuasa 88hp @ 7,500rpm dan tork 91Nm @  5,500rpm.

honda-cb1100-mekanika (3)

Honda  CB1100 Special Edition hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit pada harga  ¥1,092,960 (RM39,000). CB1100 EX (ABS) Special Edition pula diproduksi 250 unit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button