HONDA LANCAR CB300R DI INDIA – MODEL NEO SPORT CAFÉ KEDUA DI SANA. RM8K SAHAJA

SHARE

Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI) baru sahaja melancarkan model streetfighter, Honda CB300R ke pasaran India.

Ditawarkan pada harga Rs. 2.41 lakh (RM7,995) seunit, ia merupakan model 300cc CKD pertama Honda di sana. Jentera itu hadir ketika segmen 300cc semakin popular menerusi tawaran seperti TVS Apache RR 310, BMW G 310 R, KTM 390 Duke, Bajaj Dominar dan Kawasaki Ninja 300.

Seperti yang boleh dilihat, Honda CB300R tampil dengan rekaan Honda Neo Sports Cafe Concept atau CB1000R versi lebih kecil.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Honda CB300R digerakkan oleh enjin penyejukan cecair DOHC selinder tunggal bersesaran 286cc dengan kuasa maksimum 30.9bhp pada 8,500rpm dan tork 27Nm.

Seberat hanya 143kg, ia menggunakan khidmat fork USD 41mm untuk roda hadapan dan suspensi jenis monoshock boleh laras pada roda belakang.

Motosikal itu menerima lampu LED sepenuhya dan konsol instrument LCD. Sementara brek cakera berkembar dengan ABS yang menjanjikan prestasi meyakinkan.  

Honda CB300R yang didatangkan dalam warna hitam metalik dan merah itu juga dilengkapi ciri lampu amaran penukaran gear serta fungsi Peak Hold.

Sudah dibuka untuk tempahan, penghantarannya dijadual bermula pada minggu ketiga Mac 2019.  

Share this post

scroll to top