HONDA MONKEY MILIK JOHN LENNON BAKAL DILELONG

SHARE

Sebuah Honda Monkey yang pernah digunakan oleh bintang muzik kumpulan The Beatles, John Lennon dilapor bakal dilelong pada 4 Mac depan.

Motosikal Honda Z50A K1 Short Tail itu ditunggang oleh Lennon untuk bersiar-siar di kawasan rumahnya di Titenhurrst Park. Apabila dilelong, motosikal tersebut dijangka mendapat bidaan sehingga £30,000 (RM162,700). 

Lennon memiliki Honda Monkey tersebut mulai tahun 1969 hingga 1971. Ketika dia berpindah ke New York pada tahun 1971, Lennon menjualnya kepada seorang ahli perniagaan, Henry Graham. Graham kemudian menjualnya kepada pemilik sekarang, John Harington pada tahun yang sama.

Selama 47 tahun, Harington yang berasal dari Hampshire telah mempamerkan motosikal tersebut dalam pelbagai acara. Biarpun begitu, ia sangat jarang ditunggang sehingga membuatkan perbatuan yang tercatat cuma 2,361km. 

Honda Monkey yang menggunakan enjin bersesaran 49cc itu akan ditawarkan oleh firma lelongan H&H Classics pada satu acara di Muzium Motosikal Kebangsaan di Solihull, UK. Ia berada dalam keadaan asal, tidak direstorasi dan asih boleh bergerak dengan baik.

Motosikal itu didatangkan bersama dokumen lengkap seperti buku log hijau, MOT dan surat daripada Honda. H&H Classics menyatakan Honda Monkey itu mempunyai potensi pelaburan yang cukup besar.

Ini bukan kali pertama kenderaan milik Lennon dilelong. Pada tahun 2008, sebuah Honda 160Z yang kemudiannya dimiliki oleh Ringgo Star berjaya dilelong pada harga £30,000 (RM162,700).  Ia jauh lebih tinggi berbanding harga anggaran awal iaitu £8,000 (RM43,400).   

Share this post

scroll to top