Motosikal

HONDA NM4 VULTUS TAMPIL DALAM FILEM GHOST IN THE SHELL

Honda dilapor menyokong produksi filem Ghost in the Shell yang diterbitkan oleh Dreamworks Pictures dan Paramount Pictures apabila menyediakan sebuah model NM4 Vultus.

Jentera yang memiliki rekaan futuristik itu semangnya sangat popular dan dilihat sesuai untuk ditunggang oleh teraju filem tersebut. Dihasil berdasarkan kepada manga terkenal Jepun, Ghost in the Shell mengambi latar masa hadapan.

Filem itu dibintangi oleh aktres gred A Hollywwod, Scarlett Johansson sebagai Major, satu-satunya manusia yang terselamat daripada bencana. Major juga telah dipertingkat untuk menjadi seorang askar cyborg menentang penjenayah paling bahaya di dunia.

Pelakon Beat Takeshi pula memainkan watak sebagai boss Major, Aramaki. Filem itu diarahkan oleh Rupert Sanders.

NM4 Vultus dibangunkan dengan kata kunci “Neo-futuristic” dan “COOL”. Dilancarkan pada April 2014, jentera berkenaan dilihat cukup padan dengan konsep filem Ghost in the Shell.

Rekaan motosikal itu dibuat berdasarkan kepada lakaran yang disediakan oleh Honda,  sebelum diperhalusi oleh pasukan produksi. Vultus itu bagaimanapun hanya akan berada dalam babak berdurasi kurang dua minit. Sudah tentu ia ditunggang dengan penuh gaya oleh Johansson.

Vultus dikuasakan oleh enjin  parallel-twin bersesaran 745cc yang turut digunakan pada siri motosikal NC dan Honda X-ADV baharu. Enjin itu kemudian dipadankan dengan sistem transmisi klac berkembar (DCT) Honda.

Filem Ghost in the Shell bakal ditayangkan di 50 buah negara di seluruh dunia mulai 31 Mac 2017. Boleh lah sama-sama tonton di panggung nanti.

BACA: HONDA NM4 VULTUS

BACA: EICMA 2016 – SKUTER ADVENTUR HONDA X-ADV

Google ads
Back to top button