Motosikal

HONDA RS150R DILANCARKAN – BERMULA RM8,214

Model moped underbone yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ini akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini.

Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (9)

Honda RS150R, nama yang dipilih Boon Siew Honda (BSH) bagi memperkenalkan senjata terbaru mereka untuk bersaing dalam pasaran motosikal cub ‘mewah’. Buat masa ini, Honda ketandusan model dalam segmen ini yang dimonopoli oleh Yamaha Y15ZR dan sedikit Suzuki belang 150R.

BSH merupakan pemain utama dalam industri motosikal sejak beberapa dekad lalu. Honda EX-5 yang diperkenalkan pada 1987 merupakan produk terbaik mereka selepas siri CUB 70.

Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (11)

Sebanyak dua juta model EX-5 dijual sejak dilancarkan. Sekali gus meletakkan BSH berada di kedudukan No. 1 di pasaran tempatan. Namun masa telah berubah dan kini, mereka hanya menguasai 21% pasaran motosikal di Malaysia.

RS150R diharap dapat memacu jualan keseluruhan BSH, seterusnya bakal meletakkan Honda kembali menjadi No 1. Model ini adalah permulaan kepada kempen sasaran baru yang menetapkan tempoh 3 tahun akan datang untuk kembali menguasai pasaran motosikal di Malaysia.

Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (12)

Untuk spesifikasi dan perbandingannya anda boleh baca DI SINI.

Berbeza dengan pesaing terdekatnya Y15ZR, RS150R telah bersedia dengan spesifikasi yang lebih tinggi. Lampu hadapan model ini menggunakan jenis LED, tayar hadapan lebih lebar (90/80r17) dan enjin yang lebih sofistikated.

Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (6)

RS150R dipasangkan dengan enjin selinder tunggal sejukan cecair bentangan DOHC. Ia dipacu oleh kotak gear enam kelajuan. Spesifikasi dengan model Winner 150R Vietnam dan Supra GTR 150 Indonesia tidak banyak berbeza.

Cuma kedudukan lampu membelok di depan yang tersembul itu memang saya tak berkenan sungguh. Kenapa tak kekalkan konsep built-in macam Vietnam dan Indonesia.

Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (15)

Terdapat empat warna yang diperkenalkan iaitu merah hitam, biru merah dan hitam matt. Tapi yang paling ikonik sudah tentulah REPSOL. Harga jualan untuk model ini ialah RM8,213 untuk model biasa dan RM8,372 untuk versi REPSOL. Model ini akan berada di pasaran bermula Ogos 2016.

Melepas lah nak melaram masa Hari Raya..adoiiiiii

GALERI

Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (2)Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (4)Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (5)Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (7)Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (8)Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (10)Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (13)Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (14)Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (16)Honda-RS150R-launch-2016-mekanika (17)

Google ads
Back to top button