Motosikal

HONDA SUPRA GTR 150 DILANCARKAN DI INDONESIA

PT Astra Honda Motor (AHM) sekali lagi mengujakan pasaran kapcai Indonesia apabila memperkenalkan model Honda Supra GTR 150 pada pertengahan minggu lalu.

Honda-Supra-GTR-150-Indonesia-mekanika (8)

Membawa konsep Grand Touring, jentera ini menjanjikan prestasi untuk menempuh apa jua permukaan jalan dengan yakin. Sebelum ini, Honda Vietnam telah melancarkan model sama, tetapi menggunakan nama Honda Winner 150.

Sekali pandang, kapcai Honda ini tampil dengan lebih sporty. garis-garis tajam pada badannya membuatkan model ini pantas menarik perhatian ramai. Malah, ia menjadi kapcai pertama di Indonesia yang mengaplikasikan teknologi layered body cover.

Honda-Supra-GTR-150-Indonesia-mekanika (7)

Maknanya, ia boleh menawarkan variasi aplikasi warna berbeza dan tampil lebih moden. Lampu hadapannya LED dengan dua lapisan layer multi reflektor yang  memberikan pencahayaan sempurna ketika menunggang.

Honda Supra GTR 150 dijana oleh unit enjin empat lejang DOHC dengan sistem PGM-FI. Berkuasa 15.9PS @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm ia dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan.

Honda-Supra-GTR-150-Indonesia-mekanika (3)

Bagi menawarkan kualiti tunggangan terbaik, moped ini menggunakan suspensi hadapan jenis teleskopik dan lengan ayun tunggal di belakang. Kestabilannya dipertingkatkan lagi menerusi penggunaan tayar bersaiz lebar tanpa tiub iaitu 90/80-17 di depan dan 120/70-17 di belakang.

Biarpun dengan prestasi pecutan maksimum 122km/j, Honda Supra GTR 150 masih mampu menawarkan penjimatan bahan api sekitar 47.4km bagi setiap liter petrol.

Honda-Supra-GTR-150-Indonesia-mekanika (6)

Jentera ini menawarkan posisi tunggangan menegak bersama kerangka tiub yang tegar. Aspek keselamatannya dipertingkat menerusi aplikasi brek cakera pada kedua-dua buah roda.

Honda Supra GTR 150 hadir dalam dua varian iaitu sporty dan Exclusive Monotone.  Sporty hadir dengan dua pilihan warna merah dan putih pada harga Rp 21.3 juta (RM6,382) seunit.

Honda-Supra-GTR-150-Indonesia-mekanika (2)

Sementara varian Exclusive Monotone pula tampil ekslusif dengan emblem 3D Honda dan logo GTR bersama dua pilihan warna biru serta hitam. Ia ditawarkan pada harga Rp 21.5 juta (RM6,441).

Lebih menarik lagi, pengguna di Indonesia boleh membeli beberapa aksesori tulen untuk moped ini. Antaranya ialah pemegang hendal, visor meter, pelindung bahagian hadapan, tapak kotak belakang, pelekat roda dan banyak lagi. AHM mensasarkan untuk menjual 8,000 unit Honda Supra GTR 150 sebulan.

Honda-Supra-GTR-150-Indonesia-mekanika (5)

Dengar kata, Boon Siew bakal melancarkan model ini ke Malaysia pada tahun ini. Cepatlah sikit, ramai yang dah tak sabar nak tunggu!

kredit foto: laman web Astra Honda, welovehonda.com

Google ads
Back to top button