Motosikal

HONDA WAVE 110 LEBIH JIMAT

Bagi peminat kapcai Honda, pengenalan model baharu ini pasti satu berita baik buat anda. Sedia maklum bahawa setiap kali kapcai baru Honda diperkenalkan, ia sentiasa mendapat sambutan hangat. Sebabnya mudah, motosikal Honda memang terkenal dengan sifatnya yang tahan lasak dan menjimatkan minyak. 

Semalam, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. melancarkan Wave 110 serba baru yang menawarkan standard lebih tinggi, berkuasa dan cekap bahan api. Seperti biasa, ia dibina berdasarkan kepada nilai-nilai Honda dan merupakan kesinambungan kepada  kejayaan Honda Wave 100 sebelum ini.

Wave DX110_Euphoria Red Metallic and Pearl Magellanic Black

Mula diperkenalkan pada tahun  2006 ke pasaran tempatan, model itu sudah mencatat jualan mencecah 274,000 unit. Harus tahu bahawa Wave 110 serba baru direka untuk memenuhi ekspektasi  pengguna motosikal yang semakin bijak memilih. Mereka juga amat mengutamakan nilai tambah dari segi prestasi, penjimatan petrol serta gaya. Maka tidak hairanlah jika Wave 110 padat dengan ciri-ciri bernilai tinggi yang menjadikannya motosikal “Satu Untuk Semua”.

“Dengan tagline ‘Satu Untuk Semua’ atau ‘One for All’, Wave 110 serba baru memenuhi kehendak penunggang hari ini yang mahukan lebih nilai. Kami yakin bahawa Wave 110 serba baharu mampu menawan hati pengguna dengan kualiti pengendalian terbaik serta ciri-ciri dengan nilai tambah yang baru.

Pic 3 - Models with the All-New Wave 110

“Sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan, Wave terus popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana praktikaliti, penjimatan bahan api dan prestasinya yang dinamik. Kunci kepada kejayaan kami adalah kepuasan pelanggan. Di Boon Siew Honda, kami sentiasa menawarkan para pelanggan dengan keseronokan dan kepuasan terhadap produk kualiti global.

“Pelancaran Wave 110 serba baru membuktikan usaha berterusan kami untuk meningkatkan kualiti produk. Menerusi Wave 110 serba baru, kami telah meningkatkan aspek inovasi dan teknologi sebuah motosikal.

Wave S110_Engine

“Wave 110 serba baru merupakan pilihan ideal untuk semua orang yang mahukan lebih daripada sebuah motosikal. Ia hadir dengan enjin yang telah ditambah baik, ciri keselamatan termaju, lebih tahan lasak dan berpenampilan moden,” jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada.

Wave 110 dikuasakan oleh enjin empat lejang dengan kuasa maksimum  5.64kW (7.67PS) @ 7500rpm dan tork 8.32N.m (0.85kgf.m) @ 3500rpm. Memenuhi piawaian emisi Euro-2, enjin tersebut menawarkan emisi lebih bersih dan prestasi lebih baik.

Pic 9 - Media test riding the All-New Wave 110

Enjin yang telah dipertingkatkan ini juga memberikan penjimatan petrol lebih tinggi iaitu pada kadar 52.5km/l. Dalam erti kata lain, ia mampu bergerak 3.1km lebih jauh berbanding Wave 100 generasi sebelum ini yang menawarkan penjimatan sebanyak 49.4km/l. Keputusan ini diuji menggunakan Mod ECE 40.

Demi keselamatan para penunggangnya, aspek keselamatan Wave 110 turut dipertingkatkan. Lampu belakang serta lampu utama telah direka semula bagi membolehkan penunggang lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain terutama pada waktu malam. Lampu belakangnya kini mampu memberikan cahaya lebih terang dan tajam dengan isyarat membelok yang jelas.

lampu

Lampu utama yang terdiri daripada lampu halogen multi-reflektor pula menawarkan pencahayaan lebih baik terutama ketika keadaan semakin gelap. Semua lampu ini telah diuji serta menepati piawaian pemasangan Lampu UN R53, Reflektor R3, prestasi Lampu R50 dan Lampu Utama R112/R113.

Keselamatan ketika membrek juga diberi perhatian. Tugas membrek Wave 110 kini diserahkan kepada brek cakera hadapan (varian DX sahaja) demi tunggangan yang selamat sepanjang masa.

All-New Wave 110_Exhaust Pipe With Muffler

Bagi menawarkan tunggangan yang senyap dan selesa, bunyi bising telah dikurangkan. Paip ekzos baharu dengan pelindung haba pula  menghilangkan rasa panas. Bagi memberi lebih keselesaan, suis-suis pada hendal disusun secara ergonomik agar mudah dioperasi dan lebih mesra pengguna.

Anda akan mendapati ruang penyimpanan (Kebuk-U) pada Wave 110 serba baru cukup luas untuk menyimpan barangan peribadi. Ruang itu juga memudahkan pengguna untuk menyimpan barang dengan selamat.

All-New Wave 110_U-Box

Roda yang lasak itu bukan sahaja kukuh, malah tahan lama untuk menempuh kebanyakan laluan di bandar. Melengkapkan penampilan baharu motosikal kesukaan ramai ini ialah jalur tubuh moden bersama pilihan warna menarik yang menjadikannya semakin bergaya.

Wave 110 serba baru hadir dalam dua varian. Wave DX110 didatangkan dengan warna hitam,merah dan oren pada harga di atas jalan RM4,498 seunit. Sementara Wave S110 pula hadir dengan warna hitam, merah dan biru. Ia ditawarkan pada harga di atas jalan RM3,898.

Wave DX110_Coral Orange Metallic

Kedua-dua varian ini didatangkan bersama insurans komprehensif untuk  penunggang tunggal, jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km. Model ini boleh didapati di semua pengedar sah Boon Siew Honda mulai sekarang.

Boon Siew Honda percaya bahawa Wave 110 ialah motosikal yang segar dan amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana kualitinya. Jadi, syarikat meletakkan sasaran untuk menjual 30,000 unit Wave 110 menjelang akhir tahun ini.

slider dlm (1)

Boon Siew Honda juga mensasarkan jualan keseluruhan motosikalnya sebanyak 260,000 unit pada tahun 2013 yang meliputi model kapcai, selain model CKD dan CBU.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian: 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum).

[hr] Galeri

All-New Wave 110_Ergonomic SwitchAll-New Wave 110_HeadlightPic 2 - Model posing with the All-New Wave 110Pic 4 - Models with the All-New Wave 110Wave DX110_BodyWave DX110_Cast WheelWave DX110_Euphoria Red MetallicWave DX110_Pearl Magellanic BlackWave S110_Euphoria Red MetallicWave S110_Pearl Magellanic BlackWave S110_Vital Blue Metallic

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button