Motosikal

HONDA WAVE 125i – 2 VARIAN, LAMPU LED, BERMULA RM5,999

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan model perdananya bagi segmen cub, Honda Wave 125i.

Nama Honda Wave cukup sinonim buat pengguna motosikal harian yang mahukan sebuah jentera berkapasiti en*gin sederhana untuk jarak jauh.

*Harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran.

Sepanjang pengenalannya di pasaran Malaysia, model ini telah menerima beberapa bentuk penambahbaikan demi memenuhi citarasa pelanggan.

Antara pembaharuan pada Honda Wave 125i termasuklah lampu hadapan LED dan jalur pada badan yang menjanjikan kelainan. Kapcai itu masih mengekalkan enjin bersesaran 125cc dengan teknologi pancitan bahan api (PGM-Fi) Honda.

Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 6.83kW pada 7,500rpm dan tork 10.20Nm pada 5,500rpm. Dengan tangki minyak 5.4 liter, ia boleh membawa anda sejauh 300km tanpa sebarang masalah.

Tahap penggunan minyak dan maklumat tunggangan lain boleh dilihat menerusi paparan odometer dengan iluminasi amber.

Satu lagi ciri utama Honda wave adalah ruang simpanan barang yang besar di bawah pelana. Honda Wave 125i didatangkan dengan ruang simpanan U-Box berkapasiti 18 liter.

Bagi kemudahan penunggang, slot kunci khas untuk ruang simpanan bawah pelana tidak lagi digunakan. Sebaliknya, ruang tersebut boleh diakses menggunakan slot kunci yang sama pada penghidup motosikal

Honda Wave 125i didatangkan dalam dua variasi iaitu brek cakera tunggal dan berkembar reka. Ia juga hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hitam/biru, hitam/merah dan perak/hitam.

Google ads
Back to top button