Motosikal

INOVASI BOTTPOWER BOTT XR1R

Sebuah firma kejuruteraan motosikal dari Sepanyol, Bottpower baru-baru  ini memperkenalkan jentera mereka yang dikenali sebagai BOTT XR1R.

Bottpower-BOTT-XR1R-mekanika (2)

Dibina berdasarkan kepada model Buell Thunderstorm V-Twin, ia hanya seberat 150 kilogram. Namun, kuasa yang dijana oleh enjin bersesaran 1,203cc mampu mencecah 150hp.

Dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan, Bottpower BOTT XR1R pasti boleh menjadi jentera terbaik di litar mahupun untuk perjalanan jarak jauh.

Bottpower-BOTT-XR1R-mekanika (4)

Disifatkan sebagai model yang sepatutnya dihasilkan oleh Harley-Davidson sekarang, reka bentuk Bottpower BOTT XR1R nyata menyerlah menerusi penggunaan kerangka titanium. Ia juga dipasang dengan kemasa gentian karbon dan ciri elektronik perlumbaan termaju.

Antaranya termsuklah kawalan cengkaman, launch control, tiga pemetaan enjin dan perolehan data.

Bottpower-BOTT-XR1R-mekanika (1)

Sebagai sebuah model eksperimen, Bottpower menguji beberapa inovasi baharu firma berkenaan seperti lokasi bendalir penyejuk yang diletakkan di hadapan enjin dan kerangkanya.

Lebih menarik lagi, Bottpower merancang untuk menguji keupayaan sebenar BOTT XR1R dalam perlumbaan Pikes Peak tahun depan. Sama-sama kita nantikan keputusannya.

Google ads
Back to top button