Motosikal

INSPIRASI INDONESIA – HONDA CBR250RR CARBON KILLER

Honda CBR 250RR adalah fenomena baru dalam segmen sportbike suku liter dunia. Sejak dilancarkan di Indonesia tahun lalu, ia disebut-sebut sebagai penanda aras baru bagi model terkecil dengan spesifikasi terbesar yang pernah Honda bina untuk varian CBR mereka.

BACA: HONDA HENTIKAN PRODUKSI CBFR600RR

Indonesia mendapat model ini sebagai model pertama yang dilancarkan untuk dunia. Malah sehingga ke hari ini, hanya Jepun sahaja negara luar Indonesia yang memperolehinya.

Sudah tentu ia jadi buruan para penala dan juga mereka yang kreatif dengan pelbagai idea modfikasi. Salah satunya ialah model yang dipaparkan ini yang dikenali sebagai CARBON KILLER.

Ia dibina oleh bengkel Baru Motor Sport di Indonesia. Perubahan yang ditampilkan meliputi segenap bahagian. Paling drastik ialah penggunaan bahagian gentian karbon yang meluas meliputi bahagian fairing, ekor belakang dan juga penghadang lampu hadapan.

Bukan itu sahaja, sistem pengendaliannya juga telah diubahsuai. Bahagian belakang dipadankan dengan lengan ayun tunggal seakan NSR Pro-Arm tetapi dibuat secara custom oleh BMS. Pemasangan ini juga melibatkan rim buatan custom cnc bersaiz 3.5 × 17 inci di hadapan dan 6.25×17 inci di belakang.

Walaupun CBR250RR ini datang secara standard dengan fork hadapan jenis teleskopik USD, bagi CARBON KILLER, ia telah digantikan dengan model CBR600RR. Suspensi monoshock belakang digantikan dengan Shacts. Brek belakang dari Tokico dan brek hadapan Brembo melengkapkan penampilan keseluruhannya.

Antara pengubahsuaian lain ialah pemasangan pelana tunggal ala perlumbaan, perehat kaki perlumbaan oleh Katsumoto Jepun, rantai emas 520-124 dari RK, Bar-End Baracuda, cermin sisi Rizoma dan tabung bendalir brek Rizoma.

Di Indonesia, model ini telah menjadikan kelas 250cc sangat kompetitif. Banyak aksesori dihasilkan, malah oleh pengedar Honda sendiri. Ia sebuah model yang berjaya.

Sementara itu di Malaysia, semalam Boon Siew melancarkan CBR250R 2017 yang “baru”

Sedih kan?

BACA: SPESIFIKASI RASMI HONDA CBR250RR

SUmber Otoplus.id

Google ads
Back to top button