JENTERA KTM IALAH SEBUAH MOTOSIKAL YANG SEKSI – ‘BO55KU’ HAFIZH SYAHRIN

Syahrin, Jerez MotoGP test, 2018

SHARE

Bukan hanya mempunyai rupa paras yang bergaya, Hafizh Syahrin juga berharap jentera MotoGP KTM itu akan berfungsi sebaik mungkin. Itu yang dikatakan oleh Hafizh kepada pihak media di litar Sepang pada sesi ujian untuk musim 2019. Beliau mengatakan yang jentera KTM itu memang lain dari yang lain dan cukup seksi terutama pada gabungan logam dan karbon yang digunakan.

Sistem elektronik semestinya berbeza dari Yamaha begitu juga dari aspek kuasa. Yamaha mempunyai sifat yang lebih lembut tetapi enjin V4 ini mempunyai tork yang sedikit lebih kuat pada penghujung. Lebih agresif.

Hafizh menyatakan yang beliau menyukai motosikal tersebut tetapi perlukan lebih masa untuk memahaminya. Bukannya sesuatu yang mudah untuk beliau tetapi juga untuk pasukan. Bayangkan selama 20 tahun bersama Yamaha tiba-tiba bertukar ke jenama lain. Enjin, elektronik, casis dan suspensi semuanya berbeza sama sekali dengan jentera Yamaha sebelum ini.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

BACA: MOTOGP: MARQUEZ DAN LORENZO AKAN PULIH UNTUK RAIH KEMENANGAN DI QATAR – MICK DOOHAN

Tapi ia sebenarnya sesuatu yang menggembirakan buat Hafizh kerana pasukan Tech3 banyak membantu beliau memahami motosikal KTM itu. Malah dua ujian pertama turut dilakukan di kilang KTM Austria.

Hafizh cukup beremosi bila kembali ke litar Sepang kerana disinilah beliau berjaya mencatat keputusan terbaik musim lepas. Walaupun bermula dari grid terakhir beliau akhirnya berjaya mencatat tempat ke sepuluh. Cukup baik untuk seorang pelumba rookie dalam tahun pertama penyertaan kelas premier.

Kenapa no 55? Sama seperti Marquez, Hafizh turut memilih nombor sempena tarikh kelahiran beliau (5/5/1994). Jika sebelum ini beliau dikenali dengan nama Pescao kini Hafizh banyak menggunakan #BO55KU dalam posting media sosial beliau. Panggilan tersebut memang popular di Malaysia kini dan menjadi kegilaan anak muda dan yang tak berapa nak muda dan Hafizh mengubahnya sedikit dengan memasukkan nombor bertuah beliau.

Selamat berjaya BO55KU dalam musim 2019 bersama jentera terbaru dari Austria, KTM RC16 MotoGP.     

Share this post

scroll to top