JENTERA MOTOGP HONDA RASA LEBIH SELAMAT BERBANDING DUCATI – JORGE LORENZO

SHARE

Sebagaimana yang pernah dilaporkan sebelum ini, Jorge Lorenzo akan menjadi pelumba untuk pasukan Honda Repsol untuk musim perlumbaan MotoGP 2019.

Beliau yang cemerlang bersama pasukan Ducati pada musim lepas akan bergandingan bersama seorang lagi jaguh MotoGP dunia, Marc Marquez.

Bagi sesiapa yang tahu pasal perangai kedua-dua pelumba ini, pasti mereka tidak sabar untuk melihat drama yang bakal tercetus nanti.

Apa pun, Lorenzo dilapor telahpun menunggang uji jentera yang bakal ditunggangnya. Komen yang diberi ialah motosikal lumba Honda adalah lebih selamat berbanding jentera Ducati sebelum ini.

Sebabnya, Honda RC213V yang ditunggang uji di litar Valencia dan Jerez itu lebih kompak serta kena dengan gaya tunggangannya.

Ini merupakan kali pertama Lorenzo menyatakan pandangan terhadap pasukan dan jentera baharunya, biarpun dibenarkan oleh Ducati untuk menunggang uji Honda RC213V ketika kontraknya dengan Ducati masih berbaki ketika itu.

“Jentera Ducati yang saya gunakan pada musim lalu sangat besar dan tinggi. Mungkin ia agak besar untuk saya. Sedangkan dimensi motosikal Honda lebih sesuai.

“Jadi, saya rasa lebih selamat dan yakin apabila mengambil selekoh. Satu lagi perkara yang membuatkan saya rasa kagum ialah keupayaan pasukan Honda untuk memberi maklum balas dengan pantas terhadap cadangan saya,” kata Lorenzo yang mengenakan baju pasukan Honda Repsol buat pertama kalinya.

Hasilnya, beliau mendapat tangki minyak yang hampir 100 peratus kena dengan kehendaknya.

Musim lalu, Lorenzo mengkritik Ducati kerana mengambil masa terlalu lama untuk mendengar dan bertindak atas komen yang diberikannya.

Selamat maju jaya abang Japar ucapkan.

Share this post

scroll to top