KAREKTER TUNGGANGAN BENELLI TNT 300

SHARE

Pasaran motosikal jalanan/street untuk kapasiti kecil 300cc di Malaysia baru saja  bermula.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (17)

Perang telah dilancarkan di antara jenama-jenama mainstream seperti Honda CBR250, Kawasaki Z250 dan Yamaha R25. Pada tahun 2015, liga permainan ini telah dimeriahkan lagi dengan jenama sekunder.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Misalnya Naza/Hyosung, Benelli, KTN dan bermacam-macam lagi yang saya sendiri tidak tahu bahawa ia dijual secara sah oleh pengimport rasmi.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (16)

Mencari motosikal street sebenar sangat bergantung kepada fungsi motosikal itu sendiri. Kalau kata nak guna untuk kegunaan harian dan hujung minggu, pilihannya agak terhad.

Bergantung pada teknik tunggangan, motosikal 300cc kebanyakannya direka untuk tunggangan santai, prestasi yang sederhana dan spesifikasi asas. Kuasa daripada enjin ini juga tidak memerlukan kejuruteraan yang rumit untuk menghasilkan kerangka, pengendalian dan sistem brek yang kompleks.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (19)

Baru-baru ini, saya diberi peluang menunggang uji Benelli TNT 300. Diedar oleh pihak Benelli Keeway Motorcycles Sdn. Bhd., jenama ini sudah bertapak sejak beberapa tahun lalu.

Oleh kerana perkembangan industri dua roda yang semakin rancak, motosikal  Benelli dan Keeway mendapat sedikit pasaran. Dari tahun ke tahun, pasaran ini telah berkembang dengan sangat cepat.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (3)

TNT 300 ialah produk asas Benelli, mensasarkan penunggang amatur yang ingin beralih ke motosikal ‘B penuh’. Dari segi reka bentuk dan spesifikasi, TNT 300 memenuhi syarat asas sebuah motosikal yang lebih besar.

Brek cakera depan berkembar 260mm, suspensi fork jenis ‘terbalik’ (USD fork), kerangka besi trellis dan tayar belakang 150mm. Malah sekali imbas, ia tak nampak macam 300cc pun. Kalau diparkir di sebelah Kawasaki ER6N atau Yamaha MT07, tak nampak berbeza sangat dari segi saiz.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (5)

Sebaik meletakkan punggung di atas pelana motosikal ini satu memori hinggap di fikiran saya. Titik duduknya ialah 795mm, agak standard dalam segmen naked, tetapi bar hendal dan saiz tangki menjadikannya cukup selesa.

Ia mengingatkan saya kepada Aprilia Pegaso Strada, motosikal satu selinder lima  kelajuan 650cc yang cukup lincah dan mudah dikendalikan. Saya percaya TNT 300 tidak akan jadi masalah langsung buat rider baru yang ingin mencuba kelas ini. Kalau beralih dari FXZ01, Kawasaki RR atau motosikal 200cc naked-street yang lain pun tidak perlukan masa panjang untuk menyesuaikan diri.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (1)

Bar hendalnya walaupun kelihatan lebar, tetap cukup selesa digengam. Cuma kedudukan pemijak kaki yang saya rasa macam ke belakang sikit. Tapi yang bagusnya, haba enjin langsung tak terasa.

Posisi tunggangan juga boleh ditukar-tukar dengan mengalih punggung sama ada ke belakang atau rapat ke tangki. Terima masih pelana yang empuk dan lebar itu.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (6)

Paparan meternya kemas dengan unit kelajuan dalam bentuk digital dan putaran enjin analog. Fungsi dan paparan lain diletakkan bersebelahan dengan pelbagai info. Cuma lebih bagus kalau ada penunjuk posisi gear yang rasanya sangat berguna bagi penunggang hari ini.

Di atas kertas, enjin dua selinder sebaris 299.8cc ini mencatat kuasa 38PS dan tork 26.5Nm. Saya mengambil masa juga nak sesuaikan diri dengan karekter enjin ini yang menghambur kuasa agak lewat.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (10)

Hanya selepas 7,000rpm, baru terasa tork dan ia perlu bekerja keras kalau anda jenis yang biasa menukar gear awal. Bila jarum melepasi 8,000 rpm ke atas, enjin menjadi lebih lancar.

Motosikal ini direka khusus untuk pasaran penunggang amatur yang sedang berkembang pesat di negara-negara membangun. Saya percaya, juruteranya mencipta sesuatu yang lebih dari sekadar motosikal berkuasa tinggi.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (14)

Ia lebih tertumpu kepada aspek pengendalian dan reka bentuk. Bar hendalnya yang lebar itu agak ringan, walaupun dengan berat keseluruhan motosikal 183kg. Masuk dan keluar selekoh tak jadi masalah untuk membawa badan motor turun pada kelajuan sederhana.

Tetapi awas, jangan cuba paksa ia turun pada throttle penuh di selekoh panjang, sebab isyarat ekor yang nak membuang itu datang lebih awal.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (8)

Untuk tunggangan bandar dan perjalanan jauh di hujung minggu, motor ini direka dengan tangki 16 liter yang praktikal. Brek hadapan 260mm berkembar itu tak disangsikan lagi, overkilled. Tarik sikit saja pun tayar macam tak sabar nak berhenti. Sistem suspensinya pula boleh dilaras mengikut beban.

TNT 300 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu merah dan putih. Ia dijual pada harga asas RM18,900. Kalau anda berbajet sederhana dan inginkan pengalaman tunggangan berbeza (dan bergaya), ini adalah salah satu calon dalam kategori tersebut.

Benelli-TNT-300-test-ride-mekanika-2015 (11)

Bila tengok lama-lama rupa TNT ni macam BMW F800R pun ada. Kan?

Share this post

scroll to top