KARNIVAL SHELL ADVANCE DI SENTUL

SHARE

Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal terkemuka di Malaysia, akan menganjurkan Karnival Jalanan Shell Advance di Jalan Sentul, Kuala Lumpur pada hari esok (Sabtu), 14 Jun 2014, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. 

karnival-Shell-Advance-di-Sentul-Mekanika (7)

Sebanyak tujuh buah bengkel motosikal iaitu NKS Trading, NKS Sport Bikers, L & S Motor Parts, T W Motor Supplies, Speed Power Accessories, Sentul Motor dan Yulite Enterprise di sepanjang ‘laluan emas’ di belakang balai polis Sentul akan mengambil bahagian dalam karnival tersebut. Ia pasti mencetuskan pengalaman yang menyeronokkan dan memberi ganjaran kepada para pemilik motosikal.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Dengan setiap pek promosi minyak enjin Shell Advance Ride On yang dibeli di karnival, para pengunjung akan diberikan baucar diskaun untuk pembelian seterusnya.  Mereka juga berpeluang memenangi kemeja-T Shell Advance, rantai kunci, tali pemegang kad dan cenderahati lain dengan pembelian mana-mana pek promosi istimewa Shell Advance.

Tarikan utama Karnival Jalanan Shell Advance ialah trak Shell Advance On Wheels. Trak yang diubah suai khas ini dilengkapi simulator motosikal yang digunakan untuk Cabaran Ujian Masa Shell Advance.

karnival-Shell-Advance-di-Sentul-Mekanika (6)

Seramai 20 peserta yang mencatatkan masa terpantas dalam cabaran itu sepanjang kempen pameran bergerak seluruh Malaysia berpeluang berentap di peringkat akhir sempena perlumbaan MotoGP Malaysia 2014 pada Oktober depan.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, Alex Lim memberitahu, Karnival Jalanan Shell Advance bukan sekadar bertujuan mempromosikan rangkaian lengkap minyak enjin motosikal Shell seperti minyak skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 yang baru dilancarkan, tetapi turut mengetengahkan Piala Bakat Asia Shell Advance (SAATC).

“SAATC memberi peluang sekali seumur kepada pesertanya untuk berlatih dan berlumba pada tahap yang sangat tinggi. Shell Advance ialah penaja pertandingan bertaraf dunia ini yang berperanan mencungkil bakat-bakat muda.

karnival-Shell-Advance-di-Sentul-Mekanika (1)

“Pada tahun ini, tujuh daripada 22 penunggang terpilih ialah rakyat Malaysia. Kami harap penunggang muda ini akan mendapat sokongan daripada orang ramai, ketika bersaing dengan rakan mereka dari negara Asia lain.

“Kami benar-benar ingin melihat lebih banyak bakat tempatan bersaing di tahap tertinggi sukan ini.  Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai SAATC, termasuk pendaftaran untuk musim 2015 di pameran bergerak kami,” kata Alex.

bagi menghangatkan promosi SAATC, pelanggan Shell Advance bakal dihadiahkan dengan replika motosikal lumba SAATC yang eksklusif. Selain pengalaman VIP di MotoGP Malaysia 2014 di Sepang pada Oktober depan sebagai ganjaran kepada tiga pemenang bertuah hadiah utama. Sebanyak 500 Pakej Perlumbaan SAATC yang terdiri jaket SAATC eksklusif dan pek minyak Shell Advance Ultra 4T juga boleh dimenangi.

karnival-Shell-Advance-di-Sentul-Mekanika (2)

Peraduan berasaskan SMS ini diadakan dari 1 Mei hingga 1 Ogos 2014 di Semenanjung Malaysia dan bermula 1 Jun hingga 1 Ogos 2014 di Sabah dan Sarawak.

Ia terbuka kepada pelanggan yang membeli mena-mana minyak enjin motosikal Shell Advance 4T termasuklah minyak skuter Shell Advance AX 5 15W40 baharu.  Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu memberikan kod unik 5 digit yang ada pada pek bersama kod kedai dan menjawab satu soalan mudah melalui SMS.

Share this post

scroll to top