KAWASAKI H2 KARBON EDISI TERHAD, HANYA 120 UNIT. H2 TURUT DINAIKTARAF

SHARE

Walaupun semua orang dalam industri motosikal sudah mengkitiraf H2 sebagai motosikal futuristik dengan teknologi mendahului zaman, ia tak menghalang Kawasaki terus meningkatkan taraf model sedia ada untuk pasaran tahun 2017.

Kawasaki mengumumkan edisi terhad H2 pada pameran Motosikal Intermot yang sedang berlangsung di Cologne, Jerman. Untuk pengetahuan penyokong pasukan bolasepak yang selalu cerita pasal sejarah kejayaan zaman silam, Liverpool, model H2 adalah versi jalanan sementara H2R pula adalah versi litar (yang tak boleh iddaftarkan atas jalan)

Memandangkan H2R sangat dipuji kerana rekabentuk dan gandingan bahan karbon yang cantik, Kawasaki turut “mengkarbonkan” versi jalanan H2. Bagaimanapun, edisi ini akan hanya dikeluarkan untuk 120 unit sahaja.

h2 karbon l (1)

Ia menggunakan bahan CFRP (Carbon Reinforced Polymer) pada bahagian cowling hadapan, yang mengubah rupanya berbanding model H2 biasa. Membezakannya lagi ialah kemasan cat keseluruhan yang didatangkan dengan warna matt. (H2R tu kita panggil warna apa? Warna cermin?)

Setiap satu dari 120 unit ini akan dilengkapi plat khas yang ditandakan dengan nombor siri pada bahagian sisi unit supercharger. Kami percaya, ia akan dibeli oleh pengumpul dan harganya pasti meningkat untuk beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, kesemua suspensi model H2 ditingkatkan dengan unit OHLINS TTX yang menampilkan lebih banyak fungsi kawalan. Kawasaki mendakwa ia meningkatkan kualiti kawalan dengan pertambahan 22 fungsi tekanan yang sangat membantu lebih-lebih lagi pada mereka yang menunggang agresif.

h2 karbon l (2)

Juga terdapat fungsi paparan “bank angle display” pada instrumentasi menunjukkan sejauhmana anda boleh turun waktu selekoh. (ada orang tengok meter ke time koner baring?). Kelebihan elektronik ini disumbangkan oleh komputer 6-Axis Bosch yang baru termasuklah tahap talaan ABS elektronik sewaktu melayan selekoh.

Ini adalah realiti dalam industri motosikal supersport yang semakin sofistikated. Komputer menjadikan tunggangan lebih mudah dan selamat.

Selamat menonton!

(Visited 73 times, 1 visits today)

Share this post

scroll to top