Motosikal

KAWASAKI H2 SX SAH MASUK MALAYSIA Q2 TAHUN DEPAN

Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan Kawasaki H2 SX selewat-lewatnya suku kedua tahun depan. 

Pelancaran jentera kembara berprestasi tinggi itu diumumkan oleh Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB), Datuk Jeffrey Lim sempena Kursus Tunggangan Keselamatan dan Tanggungjawab Kawasaki (KSRR),

Motosikal tersebut diperkenalkan pada acara EICMA di Milan Itali pada November lalu. Ia hadir dalam dua varian iaitu H2 SX dan H2 SX SE.

Harus tahu bahawa ia bukanlah Ninja H2R versi touring semata-mata. Sebaliknya, pasukan jurutera Kawasaki memberi perhatian khusus ke atas aspek tujahan kuasa pada rpm rendah dan penjimatan petrol. 

H2 SX dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris berkapasiti 998cc. Berupaya menjana kuasa 200PS pada 11,000rpm dan tork 137.3Nm, ia dipadankan dengan kotak gear kotak gear enam kelajuan. 

Dengan kapasiti tangki minyak sebesar 19 liter, ia mampu mencapai jarak tunggangan yang sama seperti seperti Versys 1000 dan Z1000SX.

Aspek keselamatan H2 SX dipertingkatkan dengan teknologi sistem brek ABS, sistem pintar brek anti-kunci kawasaki (KIBS) dan banyak lagi. Jentera seberat 256 kilogram itu menggunakan rim bersaiz 17 inci yang dibalut tayar bersaiz120/70 (hadapan) dan 200/55 (belakang).

Dengan pelana setinggi 835 milimeter, ia juga dilengkapi ciri teknologi kawal jelajah elektronik yang membantu penunggang ketika menunggang dalam jarak jauh. 

Bagi varian tertinggi iaitu SX SE, ia dilengkapi skrin meter TFT berwarna, lampu isyarat membelok pada bahagian fairing sisi, Teknologi Pengurusan Pembelokan Kawasaki (KLCM) dan beberapa ciri lain.

KMSB bagaimanapun tidak mendedahkan harga jentera ini. Kita tunggu sahaja pengumumannya nanti. 

Google ads
Back to top button