Motosikal

Kawasaki H2R 400KM/H… OMG!!!

Satu ketika dulu, ketika Suzuki Hayabusa mencatat kelajuan 300km/j, dunia seakan terhenti. Pengeluar mula sedar tentang teknologi mengejar kelajuan motosikal tidak akan berakhir.

Kawasaki-H2R-400kmh-Turkey-mekanika (3)

Realitinya semua mengejar status paling laju, namun hukum fizik sangat berisiko. Tiada apa yang tinggal kalau berlaku kecelakaan pada kelajuan tersebut.

Justeru pengeluar motosikal produksi mencapai ‘kesepakatan’ untuk menghadkan kelajuan pada 300km/j sahaja. Namun di luar sana banyak tuner dan banyak juga motosikal keluaran kilang hanya perlukan beberapa talaan minimum untuk melintasi kelajuan 300km/j.

Kawasaki-H2R-400kmh-Turkey-mekanika (2)

Berapa lajukah 300km/j? Sangat laju, garisan jalan akan kelihatan bersambung dan anda tidak mahu mengerdipkan mata langsung.

Kalau macam itu, bagaimana rasanya kalau 400km/j?

Kawasaki-H2R-400kmh-Turkey-mekanika (1)

Kelajuan 400km/j lazimnya hanya dibuat di atas dataran garam (salt lake) sukar untuk dapatkan cengkaman dan kurangkan seretan di atas aspal. Itu hukum fiziknya. Tetapi pelumba World Supersport dari Turki, Kenan Sofuoğlu’ berjaya menentang cabaran dengan percubaan beraninya menggunakan sebuah Kawasaki H2R.

Rekod ini dibuat di atas jambatan Osman Gazi sepanjang 3 kilometer di Turki. Kenan Sofuoğlu’ hanya memerlukan 26 saat dan 1.5 kilometer untuk mendapat catatan kelajuan 400km/j.

Kawasaki-H2R-400kmh-Turkey-mekanika (6)

Cerita banyak tak guna, tengok video di bawah:

Google ads
Back to top button