Motosikal

KAWASAKI R2: GENERASI MASA DEPAN TEKNOLOGI SUPERCHARGER

Tersebar di alam maya model Kawasaki lebih kecil dari H2. Digambarkan sebagai nama baru dengan kod “Ninja R2”, ia dikatakan versi lebih murah berbanding H2 yang buat pertama kalinya disiarkan oleh majalah motosikal Jepun Young Machine.

Diperkenalkan kepada dunia, debut Kawasaki H2 dan H2R menentang semua teknologi yang pernah di buat pada objek

bernama motosikal. Keupayaan 210hp (H2) dan 310hp (H2R) benar-benar mengubah cara jurutera mencipta jentera dua roda.

Kawasaki R2 (5)

Kawasaki melanggar “gentlement agreement” di kalangan pengeluar yang mahu melihat motosikal produksi dihadkan batas kelajuannya pada 300km/j. Jika anda masih ingat, ia berlaku di zaman kegemilangan Suzuki Hayabusa.

Apakah yang boleh dijangka pada sebuah mesin yang lebih kecil? Malangnya, tiada info lanjut mengenai H2 ini namun beberapa sumber yang boleh dipercayai mendakwa teknologi supercharger ini akan dipasangkan pada enjin yang lebih kecil. Mungkin sekitar 800cc dengan bentangan enjin 4 selinder.

Kawasaki R2 (1)

Dalam garis produksi Kawasaki, mereka masih ada rangkaian penting superbike 1 liter iaitu ZX10R. Memposisikan semula R2 ini antara lain memungkinkan sebuah model naked moden ataupun mengambil semula konsep retro dan dipadankan dengan teknologi induksi paksa ini. Ada juga desas-desus kedengaran model retro Z900 akan dijadikan platform. Kalau betul Z900RS jadi kenyataan, ini memang terbaik!

Fenomena H2 itu sendiri telah melahirkan berbagai versi rekod baru termasuklah kejayaan seorang pelumba dari Turki mencatatkan kelajuan 400km/j. Kehadiran R2 sudah semestinya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat motosikal seluruh dunia. Khabarnya, ia sedang dibina dan prototaip model ini akan dapat dilihat seawal pameran EICMA di Milan November ini atau selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

 

 

Kawasaki R2 (6)Kawasaki Z900Kawasaki Z900RS

 

 

Google ads
Back to top button