Motosikal

KAWASAKI VERSYS 650 EDISI ISTIMEWA 2017

Kawasaki Jepun telah mengumumkan Versys bagi varian 650 untuk tahun 2017 di Pameran Eicma yang lalu. Beberapa penambahbaikan telah dibuat untuk memastikan model touring ini mampu terus bersaing dalam segmen middleweight tourer.

Terdapat perubahan kecil pada bahagian “sayap” baru di bawah unit lampu utama. Ia direka untuk tujuan aerodinamik, menolak angin ke sisi tanpa mengganggu penunggang. Aspek erodinamik ini juga melibatkan pembias angin lebih besar kini digunakan.

versys-2017-3

Windsheild ini sebenarnya diambil dari model Versys 1000. Ia kini boleh dilaras pada julat ketinggian 60mm dengan hanya memutar sepasang tombol ringkas. Ia juga dikatakan telah direka untuk menghalang rempuhan angin yang berlaku pada bahagian helmet penunggang.

Fungsi bolehlaras ketinggian windsheild itu juga penting. Maklumlah, walaupun motor ni tinggi, tapi bukan semua rider cukup tinggi. Tengok saja Encik Abang Japar, dah lah pendek naik GS, kepala botak pulak tu.

Model ini juga didatangkan dengan instrumentasi meter kombinasi baru yang menampilkan paparan kelajuan pada LCD kandungan bahanapi, jam, trip meter berkembar, bacaan purata penggunaan bahanapi dan indikator kedudukan gear (sebelum ni terletak berasingan)

versys-2017-1

Versi 2017 ini juga dipasangkan dengan mounting enjin baru di bahagian depan enjin. Bahagian perehat kaki, bar hendal diserap pelapik getah tambahan, termasuk di bawah bawah tangki.

Edisi istimewa bagi pasaran Jepun pula menampilkan skema warna baru. Ia terdiri dari warna hijau trademark Kawasaki dengan ikon 650 di bawah tangki. roda aloi juga dipadankan dengan lining hijau.

BACA – TUNGGANG UJI VERSYS

BACA – KAWASAKI ER6N YANG VERSATIL

 

Google ads
Back to top button