Motosikal

KAWASAKI Z125 PRO

Bulan lalu, Mekanika ada mengeluarkan artikel mengenai pelancaran model Kawasaki Z125 di Thailand. (https://www.mekanika.com.my/motosikal/supernaked-terkecil).

kawasaki-z125-pro-mekanika (3)

Tanpa diduga, Kawasaki Motors Malaysia membawa masuk model  Z125 Pro ke pasaran tempatan. Turut menyertai model berkenaan ialah skuter J300 dan ZX-10R.

Di pasaran Thailand, Kawasaki menawarkan dua varian iaitu Z125 dan Z125 Pro.

kawasaki-z125-pro-mekanika (1)

Namun, di Malaysia Kawasaki hanya membawa masuk model  Z125 Pro.

Kawasaki  Z125 Pro dilengkapi oleh enjin SOHC 125cc, satu silinder dengan sistem penyejukan udara. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 9.5PS @ 8000rpm dan tork setinggi 9.5Nm @ 6000rpm.

kawasaki-z125-pro-mekanika (6)

Penghantaran kuasa yang lancar ke roda belakang dibantu oleh gear empat kelajuan dengan klac tangan.

Untuk keselesaan tunggangan, Z125 dilengkapi fork terbalik di bahagian hadapan dan monoshock di belakang.

kawasaki-z125-pro-mekanika (5)

Bagi melengkapkan lagi penampilan itu, sepasang rim aloi bersaiz 12 inci dipadankan dengan tayar 100/90 di hadapan dan 120/70 di belakang.

Kuasa membrek diserahkan pada  sistem brek cakera 200 mm di depan dan cakera bersaiz 184 mm di bahagian belakang.

kawasaki-z125-pro-mekanika (7)

Walaupun saiz  badan yang kecil, Z125 Pro memiliki tangki minyak yang agak besar mencecah 7.4 liter.

Motosikal cilik ini hanya seberat 101 kg. Dimensinya ialah 1,700mm panjang, 750mm lebar dan setinggi 1,005mm.

kawasaki-z125-mekanika (8)

Dari segi rekaan, model tersebut memiliki banyak persamaan dengan versi Z lebih besar. Ia dihiasi lampu tirus yang diilhamkan daripada Z800 dan Z1000.

Namun begitu,  Z125 masih tampil dengan identiti tersendiri. Lampu depan lebih tajam, lampu belakang berbentuk huruf  ‘Z’ dan ekzos yang sedikit besar.

kawasaki-z125-mekanika (1)

Pada bahagian LCD, Z125 Pro dilengkapi kelompok instrumen analog dan digital.  Antara informasi yang dipaparkan ialah tolok bahan api, kedudukan gear, odometer, meter perjalanan dan juga jam.

Pengganti kepada KSR110 ini ditawarkan dalam dua warna iaitu hijau dan oren. Harga jualan dianggarkan di bawah RM9,900 dan bakal berada di pasaran pada suku pertama 2016.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button