Motosikal

KELABU, WARNA BARU YAMAHA Y15ZR

Model moped popular, Yamaha Y15ZR kini diperbaharui dengan warna baru iaitu kelabu. Warna baru kelabu ini mengekalkan skema jalur pelekat sama dengan disusuli garis berwarna ungu gelap. Model ini menggantikan produksi model hitam dengan pelekat merah/perak.

Y15ZR_p3_0097

Secara peribadi, saya lebih suka warna ini berbanding hitam yang lama. Ia ada ‘aura’ R1 hitam matt yang pernah keluar sewaktu sambutan ulangtahun Yamaha ke 60 dahulu. R1S model 2016 juga didatangkan dengan warna matt yang nampak garang. Y15ZR dengan warna gelap memang kelihatan secocok kerana bahagian bawah kerangk, kulit enjin, pelindung ekzos juga berwarna gelap.

Y15ZR_p6_0135

Harga jualan Y15ZR kekal sama iaitu RM8,210.76 termasuk GST (tanpa insuran, cukai jalan dll). Kini Y15ZR didatangkan dengan pilihan tiga warna iaitu Kelabu, Biru dan Merah. Bagi mendapatkan maklumat tunggang uji Y15ZR, anda boleh baca di sini.

Y15ZR_p2_0113

Google ads
Back to top button