Motosikal

KELAHIRAN SEMULA YAMAHA RD350?

KINI, imej motosikal lagenda Yamaha RD350 yang katanya bakal muncul semula berlegar di internet. Wah… wah.. wah… anda tak sabar betul tengok pilih motor yang ikonik terus. Habis tu, yang si pengumpul macamana? Adakah RD350 asli akan jatuh harga?

Yamaha-RD-350-mekanika (5)

Unit siasatan Mekanika Malaysia telah menjelajah dan mengumpulkan maklumat mengenai Yamaha RD350. Dari apa yang kita boleh lihat pada industri motosikal dua lejang, ia hampir mustahil untuk diproduksikan semula. Senang cakap, memang tak ada dalam perancangan Yamaha langsung.

Sistem enjin dua lejang yang membakar minyak ini telah lama mati. Regulasi demi regulasi diperkenalkan setiap tahun yang semakin ketat di seluruh dunia menjadikan pembinaan enjin dua lejang yang menepati piawaian begitu mustahil.

Tahun lalu, Honda dikatakan pernah menghantar paten enjin dua lejang baharu dengan sistem pancitan bahan api dari sisi. Ia menjadikan pembakaran lebih bersih.

Yamaha-RD-350-mekanika (3)

Namun, Husqvarna dan KTM sudah lama dah kaji sistem Efi dan dua lejang ini. Akhirnya, mereka setuju bahawa dengan regulasi yang ada, enjin ini boleh dibuat. Tetapi akan jadi sangat kompleks, berat dan mahal. Jadi sama kos dengan enjin 4 lejang. Nampak tak point nya?

Khabar angin ini sebenarnya tersebar rentetan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yamaha Eropah, Shun Miyazawa dalam satu temuramah. Beliau memberitahu Yamaha sedang membangunkan motosikal berdasarkan model-model klasik mereka seperti XT500, RD dan lain-lain. Yamaha bakal membina motosikal ikonik tersebut dan menjadikannya sesuai untuk pasaran hari ini.

Mungkin wartawan salah interprestasi maksud Miyazawa. Dia ingat Yamaha nak buat semula RD350. Kalau anda dalam bidang perniagaan khususnya kejuruteraan motosikal, kenyataan ini samalah macam menghasilkan model seperti V-Max.

Yamaha-RD-350-mekanika (2)

Kalau dalam industri kereta, Beetle, MINI dan Toyota 86. Model-model klasik ini permintaannya tinggi. Namun untuk enjin dua lejang, ia sangat tidak menepati skala ekonomi.

Ia boleh dirancang dan dihasilkan semula, tetapi perlu menggunakan enjin 4 lejang. Apabila enjin empat lejang, sudah tentulah hilang identiti bunyi ‘braappp…braaapp…’ dari ekzos dua saluran itu.

Berdasarkan gambar yang dikongsi pembaca pada kami juga menunjukkan konfigurasi 2 stroke. Tengok pada konstruksi kepala selinder dan ekzos tanpa catalytic memang tak mungkin dibuatlah senang cakap.

Yamaha-RD-350-mekanika (1)

Mungkin di negara yang tak ada regulasi dua lejang boleh lah. Tetapi di mana? Iran? Nigeria? Papua New Guinea? Kodiang?

Google ads
Back to top button