Motosikal

KELASAKAN ROYAL ENFIELD HIMALAYAN

Royal Enfield Himalayan mula didedahkan di atas talian secara rasmi menjelang pelancaran rasminya pada 2 Februari hadapan.

royal-enfield-himalayan-mekanika (2)

Syarikat berkenaan telah melancarkan laman web rasmi Himalayan yang mengandungi imej dan video jentera tersebut.

Himalayan dilengkapi enjin LS400. Enjin  OHC satu silinder bersesaran 410cc itu boleh menghasilkan kuasa mencecah 25bhp. Difahamkan output enjin masih dikekalkan.

royal-enfield-himalayan-mekanika (4)

Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada kotak gear 5-kelajuan.

Sistem suspensi touring adventure ditala oleh Harris Performance UK. Syarikat berkenaan telah diambil alih oleh Royal Enfield pada Mei tahun lalu.

royal-enfield-himalayan-mekanika (5)

Motosikal itu menggunakan rim jejari bersaiz 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang.

Melengkapkan ciri berkenaan ialah padanan tayar dua kegunaan yang boleh digunakan di jalan biasa dan off road.

royal-enfield-himalayan-mekanika (3)

Harga jualan Royal Enfield Himalayan dijangkakan sekitar 1.8 lakhs. Tonton aksi Himalayan dalam video di bawah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button