KEMALANGAN DI VALENCIA ADALAH TERUK DAN MEMALUKAN – ROSSI

SHARE

Valentino Rossi mengakui yang keadaan perlumbaan adalah sedikit merbahaya bila bendera merah dikibarkan tetapi percaya yang ia merupakan saat yang paling sesuai untuk beliau memecut dalam mencari kemenangan.  Tapi hasilnya ialah kemalangan yang sangat memalukan dan diakui oleh beliau sendiri.

Menurut Rossi, keputusan mengibarkan bendera selepas 15 daripada 27 pusingan adalah sangat memberi kesan. Sebelum itu, beliau merupakan pelumba sepusingan paling laju dan dirasakan mampu mengejar kelompok paling depan.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Pelumba lain seperti Jack Miller dan Aleix Espargarp merasakan yang bendera merah sepatutnya dikibarkan lebih awal tetapi bukan untuk. Berbanding menarik nafas kelegaan ia sebenarnya satu kekecewaan buat beliau yang sedang dalam keadaan terbaik.

Beliau kemudiannya terpaksa menggunakan tayar belakang terpakai berbanding Dovizioso yang menggunakan tayar lembut yang baru. Sudah tentu ia memberikan kesan  dan Rossi menyatakan beliau mula bermasalah dengan tayar belakang.

BACA: PETRONAS YAMAHA SEPANG RACING TEAM MULA MEMBURU IMPIAN

Ia memang memalukan kerana beliau dan Yamaha memang sangat memerlukan kedudukan podium. Ia sesuatu yang gagal mereka capai sekian lama.

Bagaimanapun Rossi menyatakan yang ia masih satu perlumbaan yang baik kerana beliau berjuang untuk kemenangan walaupun akhirnya gagal. ia satu perasaan yang sangat positif. Satu lagi ialah beliau masik menamatkan kejuaraan di tempat ketiga dan merupakan pelumba Yamaha yang paling berjaya. Ia sangat berbaloi kerana beliau terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah sejak dari awal musim.

Selepas perlumbaan dihentikan seketika akibat hujan, Rossi tidak melakukan penukaran tayar kerana merasakan tiada apa-apa masalah dengan tayar yang digunakan. Malah beliau sendiri sebenarnya sudahpun kehabisan tayar baru. Dovizioso bagaimanapun menukar tayar baru dari jenis lembut depan dan belakang. Sudah tentu ia adalah tayar yang paling sesuai untuk ketika itu.

Tapi kini Yamaha dilihat semakin pulih dari masalah dan kelihatan lebih positif. Vinales juga mencatat kemenangan di Pihilip Island tetapi jika ingin mengatasi Honda dan Ducati tahun depan, mereka perlu bantuan Yamaha untuk proses tingkat taraf motosikal yang lebih baik.

 

Share this post

scroll to top