KENYATAAN RASMI BREMBO MENGENAI PANGGILAN SEMULA AKIBAT KEROSAKAN SILINDER UTAMA BREK

SHARE

Sejak beberapa minggu lalu, timbul laporan bahawa beberapa pengeluar motosikal memanggil semula beberapa model tertentu jentera masing-masing kerana masalah silinder utama pada brek Brembo.

Antara pengeluar yang membuat pengumuman ialah Aprilia dan Ducati. Melibatkan puluhan ribu unit motosikal (terutama di (Amerika Syarikat), lebih banyak jentera dua roda yang dipasang dengan sistem brek tersebut akan dipanggil tidak lama lagi.  

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Selepas berdiam diri agak lama, Brembo akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi. Bermula di AS, panggilan semula itu didakwa bakal merebak ke negara-negara lain nanti.

Tanpa menyatakan sebarang punca panggilan semula, kenyataan daripada Brembo adalah seperti berikut:

Brembo SpA, peneraju dalam pengeluaran system brek cakera kenderaan ingin membetulkan kesilapan maklumat yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Terima kasih atas pemantauan berterusan ke atas proses produksi Brembo. Kami mendapati wujud kemungkinan kecacatan pada omboh hadapan silinder radial master (diameter 15mm dan 16mm) yang dijual di antara tahun 2015 hingga 2017.

Pengeluar motosikal yang terjejas ialah Aprilia, Ducati, KTM, MV Agusta, TM Racing, Moto Morini dan Horex.

Justeru, panggilan semula ini tidak melibatkan pengeluar-pengeluar lain atau master silinder yang dijual sebagai kit aftermarket menerusi rangkaian pengedaran Brembo.

Brembo sudahpun memaklumkan pengeluar motosikal mengenai masalah ini. Jadi, pemilik jenama motosikal yang dinyatakan di atas akan dihubungi oleh pengeluar bagi membolehkan komponen brek diganti.  

Sumber: Brembo

Share this post

scroll to top