Motosikal

KIT PERLUMBAAN UNTUK NINJA ZX-10R

Sedia maklum bahawa Kawasaki Ninja ZX-10R ialah sebuah jentera yang mampu beraksi di litar.

Kawasaki-Ninja-ZX-10R-race-kit-mekanika (5)

Namun, sama seperti motosikal yang ditunggang di atas jalan raya, beberapa aspek perlu dikompromi. Terutama dari segi output enjin dan talaan sistem suspensinya.

Memahami keperluan mereka yang ingin mengubah Ninja ZX-10R menjadi sebuah jentera litar sebenar, Kawasaki kini memperkenalkan satu rangkaian alat ganti perlumbaan khas.

Kawasaki-Ninja-ZX-10R-race-kit-mekanika (1)

Sudah ditawarkan oleh para pengedar Kawasaki di Amerika Syarikat, katalog alat ganti untuk tahun ini telah dikeluarkan. Jika ada penunggang yang sedang mencari alat ganti prestasi yang disokong oleh jaminan kilang, inilah masanya.

Antara komponen yang ditawarkan ialah unit ECU boleh laras. ECU tersebut berfungsi mengoptimumkan bahan api, nyalaan, pemasaan, over-rev, kawalan cengkaman, launch control dan banyak lagi.hir.

Kawasaki-Ninja-ZX-10R-race-kit-mekanika (3)

ABS dongle yang boleh menyahaktifkan sistem brek anti kunci (ABS) untuk satu atau kedua-dua buah tayar juga ada disediakan.

Google ads
Back to top button