Motosikal

KOTAK KARGO BLACK EDITION UNTUK BMW GS – STAILO DAN PRAKTIKAL

BMW Motorrad USA baru-baru ini menawarkan pemilik jentera BMW R 1200 GS dan 2018 BMW R 1200 GS 2018 dengan kotak kargo aluminum edisi berwarna hitam.

Kotak yang nampak begitu menarik itu dikenali sebagai Black Edition Aluminum Topcase (kotak atas) dan Side Case (kotak sisi). Ia diperbuat daripada aluminum hitam yang telah dianod (anodized).

“Kotak ini dibina supaya menjadi sangat kukuh. Sekali gus dapat menangani apa juga laluan off-road dan membuatkan jentera anda kelihatan lebih menarik,” kata Pengurus Alat Ganti dan Aksesori BMW Motorrad USA, Ben Radzyner.  

Black Edition Aluminum Topcase 

  • Volum: sekitar 32 liter
  • Penampilan yang sesuai dengan motosikal
  • Terbaik apabila digunakan bersama:
  • Poket dalam untuk topcase
  • Padding belalang topcase
  • Hendal pemegang untuk topcase
  • Harga – AS$800 (RM3,160)

Black Edition Aluminum Kotak Sisi

  • Volum:
    • Kanan: sekitar 36 liter 
    • Kiri: sekitar 44 liter
  • Penampilan yang sesuai dengan motosikal
  • Terbaik apabila digunakan bersama:
  • Poket dalam untuk kotak sisi
  • Hendal pemegag untuk topcase
  • Harga – AS$1,642 (RM6,487)

Semua kotak ini hadir bersama jaminan selama dua tahun.

Google ads
Back to top button