KTM 250 DUKE & RC 250 2015

SHARE

Persaingan dalam segmen motosikal bersesaran 250cc nampaknya semakin rancak apabila Eurotech Manufacturer Sdn. Bhd. (Eurotech) melancarkan dua model terbaharu KTM.

launch-KTM-250-DUKE-RC250-mekanika

Dikenali sebagai KTM 250 DUKE dan RC 250, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan. Bergantung kepada kecenderungan jenama, gaya serta corak tunggangan masing-masing.

Sekali pandang, KTM 250 DUKE dan RC 250 kelihatan tidak banyak beza dengan varian berkuasa 200cc. Apa yang membezakannya (secara visual) pastinya pelekat pada badannya.

SONY DSC

Kedua-dua jentera tersebut dikuasakan oleh unit enjin silinder tunggal empat lejang bersesaran 248.8cc. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 31.3hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 24Nm @ 7,250rpm.

Kuasa itu sudah cukup untuk membawa tubuh KTM 250 DUKE dan RC 250 yang hanya sekitar 140kg meredah apa jua bentuk laluan dengan lancar.

KTM-RC-250-mekanika (6)

Bagi menawarkan kualiti tunggangan yang terbaik, kerangka trellis digabungkan bersama suspensi jenis WP-USD (terbalik) bersaiz 43mm untuk roda hadapan. Manakala roda belakang pula menggunakan khidmat suspensi WP-Monoshock.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, kedua-dua motosikal itu dilengkapi sistem brek ABS 9MB dua saluran daripada Bosch.

SONY DSC

Biarpun dengan pelancaran dua model baharu ini, Eurotech mengesahkan bahawa model 200 DUKE dan RC 200 masih dijual seperti biasa. Mungkin sukar untuk melihat justifikasinya memandangkan beza harga di antara dua kelas itu cuma kira-kira RM2,000 sahaja.

Jika anda sukakan tunggangan dan gaya sports, RC 250 memang pilihan paling sesuai. Sekiranya street bike menjadi pilihan hati, beli sahaja KTM 250 DUKE.

KTM-250- Duke-mekanika (2)

Oh ya, Eurotech menawarkan RC 250 pada harga RM18,888 seunit, manakala KTM 250 DUKE berharga RM17,888 sebuah. Macam mana? Dah buat keputusan mana yang lebih sesuai untuk gaya anda?

GALERI

KTM-250- Duke-mekanika (1)KTM-250- Duke-mekanika (3)KTM-250- Duke-mekanika (4)KTM-250- Duke-mekanika (5)KTM-250- Duke-mekanika (6)KTM-Duke-250-launch-mekanika (1)SONY DSCKTM-RC-250-mekanika (1)KTM-RC-250-mekanika (2)KTM-RC-250-mekanika (5)KTM-RC-250-mekanika (3)

Share this post

scroll to top