Motosikal

KTM 390 DUKE

Syarikat pembuat motosikal KTM ditubuhkan pada tahun 1934 oleh seorang jurutera bernama Hans Trunkenpolz di Mattighofen, Austria. Bermula dengan menjual dan membaiki motosikal jenama DKW, syarikat tersebut kemudian menjual kenderaan berjenama Opel.

74749_390_Duke_2013_1024

KTM turut terlibat dalam proses pembuatan basikal. Selepas mengalami jatuh bangun dalam perniagaan, KTM kini dikenali sebagai pembuat motosikal bagi tujuan off-road yang disegani.

Reputasi itu diperoleh KTM selepas terlibat serta memenangi banyak anugerah dalam perlumbaan seperti Rali Dakar dan Rali Atlas. Tahu tentang kekuatan jenamanya, KTM mula mengembangkan portfolio produk untuk segmen berbeza seperti enduro, naked, freeride, supermoto dan superbike.

74674_390_Duke_2013_1024

Dengan portfolio produk yang luas,.KTM dilihat semakin agresif untuk mengembangkan pengaruh jenamanya ke seluruh dunia. Di Malaysia, motosikal KTM diterima baik terutama selepas pihak Motonation Manufacturer Sdn. Bhd. (Motonation) mengambil inisiatif untuk menjalankan program pemasangan tempatan (CKD) motosikal KTM di Malaysia pada awal tahun ini.

Pengeluar motosikal kedua terbesar di Eropah itu bekerjasama dengan Motonation untuk membina kilang pemasangan di Kedah. Harus tahu bahawa ia merupakan kilang pertama KTM di luar  Austria. Produknya berperanan memenuhi permintaan di pasaran Asia Tenggara.

74746_390_Duke_2013_1024

Program CKD KTM dimulakan dengan model KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke. Harganya yang berpatutan (kira-kira RM18,000 seunit), membuatkan KTM 200 Duke mendapat sambutan menggalakkan.

Kini, KTM tampil dengn sebuah lagi model CKD iaitu KTM 390 Duke. Dibina di atas beberapa prinsip penting iaitu ringan, lincah, seronok ditunggang, kompak, lebih ekonomi dan mampu dimiliki, jentera itu pasti dapat menarik minat penunggang yang mahukan sebuah motosikal dengan sesaran enjin sederhana.

74716_390_Duke_2013_1024

KTM 390 Duke dilihat sebagai kesinambungan kepada model KTM 200 Duke. Jadi tidak hairanlah jika penampilan kedua-duanya tidak jauh berbeza. Jentera itu dibina di atas  kerangka Trellis yang turut membentuk KTM 200 Duke.

Motosikal itu dikuasakan oleh unit enjin silinder tunggal empat lejang dengan sistem penyejukan cecair. Ia mampu menjana kuasa mencecah 44hp @ 9,500rpm. Diimport sepenuhnya dari Austria, enjin baharu bersesaran 375cc itu menjanjikan kuasa sewajarnya kepada setiap penunggang.

74798_390_Duke_2013_1024

Sedia maklum bahawa motosikal KTM memang mempumyai kuasa tork yang tinggi, model ini tidak terkecuali iaitu setinggi  35Nm @ 7,250rpm. Kuasa enjin tersebut kemudian dialihkan ke  roda menerusi transmisi enam kelajuan dan sistem pancitan bahan api Bosch.

Kestabilan tunggangan KTM 390 Duke ditingkatkan menerusi titik graviti yang rendah, selain penggunaan sistem penyerap hentak jenama WP. Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, jentera ini dilengkapi  brek cakera dengan sistem brek antikunci (ABS).

74797_390_Duke_2013_1024

Maklumat tunggangan seperti kelajuan, kedudukan gear, baki bahan api, kadar purata penggunaan bahan api, meter rev dan lampu indikator ABS.pula dipaparkan pada instrumen meter digital.

KTM 390 Duke dianggarkan berharga RM26,500 (harga asas) dan RM27,935 (di atas jalan). Harga itu tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj lain. Motosikal ini dijangka berada di pengedar KTM bermula tahun depan.

69575_390Duke_action_03_1024

KTM berharap dapat menjual sebanyak 5,000 unit KTM 390 Duke menjelang tahun hadapan. Produk yang memberi lebih banyak opsyen kepada peminat jentera KTM di Malaysia itu juga hadir dengan jaminan selama 24 bulan.

[hr] Galeri 

69573_390Duke_action_01_102469577_390Duke_action_05_102469578_390Duke_action_06_102474676_390_Duke_2013_102474681_390_Duke_2013_102474683_390_Duke_2013_102474708_390_Duke_2013_102474695_390_Duke_2013_102474709_390_Duke_2013_102474738_390_Duke_2013_102474740_390_Duke_2013_102474754_390_Duke_2013_102474787_390_Duke_2013_102474790_390_Duke_2013_102474792_390_Duke_2013_102474794_390_Duke_2013_102474800_390_Duke_2013_102474804_390_Duke_2013_102474807_390_Duke_2013_1024

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button