Motosikal

KTM DEBUT ENJIN DUA LEJANG DENGAN TEKNOLOGI PANCITAN BAHAN API

Tiba-tiba sahaja, pengeluar motosikal dari Austria, KTM membuat kejutan dalam industri.

KTM secara rasmi menyatakan bahawa ia akan melakukan debut enjin dua lejang dengan sistem pancitan bahan api ke dalam rangkaian produk masa depannya. Teknologi yang dikenali sebagai Transfer Port Injection (TPI) itu didakwa akan dipasang pada jentera enduro seawal tahun depan.

Secara lebih spesifik lagi, dua model telah dikenal pasti iaitu KTM 250 EXC TPI dan KTM 300 EXC TPI. Jentera itu juga bakal diperkenalkan ke pasaran global. Sebagai contoh, model ketiga KTM 250 XC-W TPI dijadual menemui pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun 2018.

Enjin tersebut menjanjikan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan. KTM juga memberitahu teknologi pancitan TPI dapat memberi pengalaman baru menunggang jentera dua lejang dengan kuasa serta pengendalian lebih baik.

“Ini sememangnya satu perkembangan yang cukup mengujakan buat KTM. Kami telah membangunkan enjin dua lejang pancitan bahan api selama beberapa ketika.

“Matlamat kami adalah untuk menghasilkan produk yang kompetitif bersama manfaat enjin pancitan bahan api. Selain meneruskan falsafah READY TO RACE KTM,” kata Pengurus Pemasaran Produk KTM, Joachim Sauer.

Enjin tersebut telah menjalani ujian secara ekstensif oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan KTM di Mattighofen, Austria. KTM juga dilihat cukup bersemangat untuk mengetengahkan teknologi baru dalam segmen motosikal enduro yang mematuhi piawaian Euro 4.

BACA: PEMILIK KTM LABUR RM22 JUTA BANGUNKAN HELMETHUD (HEAD-UP DISPLAY)

BACA: KTM PERBAHARUI MODELDUKE 250 UNTUK TAHUN 2017

Google ads
Back to top button