KTM DUKE 200 NON ABS

SHARE

Sejak ditawarkan ke pasaran tempatan dua tahun lalu, model street bike ini sememangnya mendapat perhatian ramai. 

SONY DSC

KTM Duke 200 dilihat sebagai antara alternatif paling sesuai bagi mereka yang ingin menaik taraf kapcai atau skuter masing-masing. Selain ingin merasa keseronokan mengendalikan jentera buatan Austria tersebut.

KTM Duke 200 juga boleh dikatakan sebagai sebagai sebuah jentera yang lengkap. Ia ada gaya, kuasa dan tidak sukar dikendalikan, walaupun oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa sedikit tinggi.

SONY DSC

Keterujaan tersebut nampaknya tidak berakhir di situ sahaja. Semalam, pihak KTM Malaysia CKD di bawah syarikat pengedaran Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. (Eurotech Wheel) memperkenalkan satu lagi varian iaitu KTM Duke 200 non ABS (tanpa sistem brek ABS).

Ditawarkan pada harga lebih murah, lebih tepat lagi RM16,798 (di atas jalan termasuk insurans) seunit, ia pasti menggembirakan ramai peminat jentera KTM. Pengenalannya dibuat sebagai salah satu usaha Eurotech Wheel untuk memenuhi impian anda memiliki sebuah motosikal KTM.

SONY DSC

Tawaran ini memang wajar dipuji, memandangkan harga motosikal berkuasa tinggi memang mahal di pasaran tempatan dan tidak ramai yang mampu memilikinya.

KTM Duke 200 non ABS mengekalkan semua ciri seperti binaan kerangka aluminium ringan, grafik dan rekaan luaran yang sama seperti model Duke 200 dengan ABS. Cuma,brek ABS itu digantikan dengan brek cakera bersaiz 280mm. Harus tahu bahawa ia merupakan brek hasil kerjasama KTM dengan pembuat brek terkemuka, Brembo.

SONY DSC

Demi menawarkan tunggangan yang mengujakan, jentera itu dijana oleh unit enjin silinder tunggal bersesaran 200. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 26hp dan tork puncak 20Nm @ 8,000rpm.

SONY DSC

Jadi, tunggu apa lagi? Sambar la satu!

(Visited 402 times, 8 visits today)

Share this post

scroll to top