Motosikal

KYMCO X-TOWN CITY 125 – BILA MODENAS NAK BAWA MASUK NI?

Sejak menjalin kerjasama dengan pengeluar skuter terkenal Taiwan iaitu Kymco, skuter jenama Modenas dilihat kembali mendapat sambutan daripada pengguna tempatan.

Penerimaan orang ramai terhadap model Modenas Elegan 250 dan Modenas Kymco Downtown  250i nyata positif. Perkembangan itu banyak dibantu oleh reputasi Kymco yang sememangnya sudah lama menghasilkan skuter berkualiti tinggi.

Pada acara pameran motoriksl EICMA 2018 yang sedang berlangsung sekarang di Milan, Itali Kymco sekali lagi mengujakan peminatnya apabila memperkenalkan model Kymco X-Town City 125.

BACA: BENARKAH MODENAS 250 SKUTER PALING BERBALOI DIMILIKI?

Sebagaimana namanya, ini merupakan model X-Town versi lebih kecil yang menggunakan enjin 125cc. Tampil dengan rekaan seperti sebuah skuter maxi, jentera tersebut sebenarnya sudahpun berada di pasaran Eropah sejak tahun 2016 lagi.

Kali ini, ia hadir dengan gayaan dan penambahbaikan baru. Antaranya ialah sistem lampu LED sepenuhnya, platform lantai rata dan ruang penyimpanan barang lebih luas. Bukan itu sahaja, Kymco X-Town City 125 juga dilengkapi soket USB pada bahagian bawah panel kawalan dan slot mengecas 12V di bawah tempat duduk. 

Tayar bersaiz 13 inci itu pula dipasang dengan sistem brek CBS dan brek cakera pada roda belakang untuk memberi lebih keyakinan kepada penunggang.

Kalau Modenas tawarkan, korang nak beli?

GALERI

Google ads
Back to top button