LAMBORGHINI ESPADA V12 – MOTOSIKAL CUSTOM GILA

lamborghini-Espada-v12.jpg
SHARE

Apa yang akan anda lakukan jika anda mempunyai enjin sebuah supercar dan tidak ada sebuah kereta pun yang sesuai untuk menggunakannya? Lelaki unik ini ada jawapannya. Gunakannya untuk menghasilkan sebuah motosikal.

Kita sudah sekian lama disajikan dengan beberapa buah motosikal yang dihasilkan menggunakan enjin kereta tetapi motosikal yang dinamakan Lamborghini Espada V12 ni memang cukup menarik.

BACA – MOTOSIKAL PALING BURUK DI BUMI

BACA – STALLION, CAFE RACER CUSTOM DARI THAI

Motosikal ini merupakan hasil rekaan pereka tersohor yang bernama Chuck Beck dari Georgia, Amerika Syarikat. Siapa Chuck Beck ni? Untuk pengetahuan semua, Chuck merupakan salah seorang daripada pereka yang bertanggungjawab menghasilkan Ford GT40 yang asal. Bukan calang-calang pereka ni bang.

Enjinnya berasal dari kereta ini. V12, 3.9 liter.

Enjinnya berasal dari kereta ini. V12, 3.9 liter.

Beliau telah menghasilkan motosikal ini menggunakan enjin Lamborghini yang sudah lama tersadai di dalam bengkelnya.

Beberapa tahun dahulu, Chuck telah diberikan sebuah enjin oleh seorang rakan apabila Lamborghini Espada kepunyaan beliau telah terbakar. Lamborghini Espada merupakan sebuah model grand tourer Lamborghini dan dihasilkan di antara tahun 1968-78.

Cuma 1217 unit sahaja dihasilkan untuk pasaran menjadikannya cukup eksklusif. Setelah lama tersadai di dalam bengkel, Chuck mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah motosikal dengan menggunakan enjin tersebut.

Dengan pengalamannya sebagai seorang mekanik, beliau menggandingkan enjin tersebut dengan kotak gear Volkswagen Type 3 yang mempunyai cuma tiga-kelajuan. Kedua-dua komponen tersebut kemudiannya dipadankan kepada sebuah kerangka motosikal rekaan khas yang mampu memuat dan menanggung bebanan yang dihasilkan olehnya.

lambo-espada-chuck

Kelajuan maksima pula di hadkan pada 225 km/j (laju jugak tu). Chuck juga mengakui yang motosikal tersebut sememangnya cukup berat tetapi ia akan beransur-ansur hilang sebaik sahaja ia bergerak.

Radiatornya pula diletakkan di bahagian belakang untuk menyejukkan enjin yang bersaiz anak gajah itu dan menjauhkan suhu daripada penunggang.

Enjin Lamborghini Espada yang dilengkapkan pada motosikal ini berkapasiti 3.9-liter V12 dan dianggarkan mempunyai 350-450 kuasa kuda. Berdasarkan rupa paras motosikal ini juga kita boleh agak yang ia lebih sesuai untuk cruiser dan bukannya untuk melayan selekoh.

BACA – PANIGALE CUSTOM BENELLI DARI VIETNAM

BACA – MSX PANIGALE CUSTOM DARI THAILAND

Berdasarkan rakaman video dari Youtube, Chuck menggambarkan mesin ciptaan beliau itu sebagai contoh yang terbaik kenapa anda tidak sepatutnya minum minuman keras. Tetapi jika dilihat daripada hasil ciptaan beliau itu, jelas sekali beliau tidak menghasilkannya dalam keadaan mabuk.

Untuk memudahkan tunggangan, Chuck juga telah melengkapkan motosikal itu dengan gear mengundur. Selain daripada itu ia juga turut dilengkapi dengan tongkat tengah yang boleh dinaikkan secara automatik dengan tidak payah turun daripada motor. Perghh.

Kalau Lamborghini biasa memerlukan empat tayar bersaiz besar untuk mengawal kuasa enjinnya, bayangkan sahaja kuasa yang mampu dihasilkan bila enjin ini dipasang pada sebuah motosikal.

Inilah antara hasil kreativiti seorang pereka terkenal yang memang tidak terjangkau dek akal. Jika anda ada mempunyai enjin lama yang tersadai di belakang rumah kenapa tidak menggunakannya untuk menghasilkan projek khas?. Enjin mesin rumput pun OK.

 

 

Share this post