Motosikal

LAMBRETTA BAKAL LANCAR SKUTER BAHARU?

Jenama ikonik dari Itali, Lambretta dilaporkan sedang bekerjasama dengan sebuah firma reka bentuk dari Austria, KISKA untuk menghasilkan skuter terbaharu mereka.

 

KISKA sebelum ini memang terkenal dengan hasil kerja mereka bersama pengeluar motosikal seperti KTM dan Husqvarna.

 

Lambretta akan menyambut ulang tahun ke-70 pada tahun ini. Justeru, ia merancang untuk melancarkan skuter yang diberi nama Lambretta L70 Vendetta. Skuter itu dikatakan mula dibangunkan sejak tahun lalu lagi.

 

“Lambretta adalah satu jenama ikonik. Bukan selalu anda diberi peluang untuk memainkan peranan penting sebegini. KISKA kini bekerjasama rapat dengan pasukan pembangunan pelaburan, Lambretta Consortium.

 

“Kami ingin merevolusikan bahasa rekaan Lambretta, memposisikannya sebagai skuter urban dan mengekalkan warisan jenama ini,” kata Sébastien Stassin dari KISKA.

 

Masih belum ada perincian tentang L70 Vendetta. Namun, jentera itu didakwa bakal dikuasakan oleh enjin empat lejang silinder tunggal bersesaran 125 hingga 150cc yang dipadankan dengan kotak gear CVT.

Google ads
Back to top button