Motosikal

LAWATAN EKSKLUSIF TETAMU SHELL ADVANCE KE GARAJ PASUKAN DUCATI

Shell Advance baru-baru ini telah menjemput 200 tetamu istimewa untuk merasai pengalaman unik menjelang musim MotoGP™ 2017.

Kumpulan tetamu bertuah itu terdiri daripada para mekanik yang telah membantu meletakkan Shell Advance sebagai jenama minyak enjin motosikal popular di Malaysia, ahli Kelab Pemilik Desmo Malaysia dan media.

Shell Advance mengatur satu lawatan eksklusif ke garaj pasukan Ducati di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk ujian pramusim MotoGP™. Mereka merupakan antara yang pertama di Malaysia yang berpeluang bertemu dengan pelumba baru pasukan tersebut, Jorge Lorenzo yang juga juara dunia MotoGP™ sebanyak tiga kali.

BACA: SHELL ADVANCE LANCAR RANGKAIAN LENGKAP MINYAK SKUTER 

Pelumba dari Sepanyol itu akan berganding dengan juara MotoGP™ Shell Malaysia 2016 Andrea Dovizioso dari Itali untuk meneruskan cabaran Ducati tahun ini.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain turut meluangkan masa untuk melawat garaj Pasukan Ducati dan mengalu-alukan para pelumba  tersebut.

“Sebagai penaja utama, kami gembira menyaksikan kemajuan MotoGP™ Shell Malaysia yang kini telah berkembang menjadi acara sukan bermotor yang ulung. Kami tidak sabar untuk satu lagi musim yang mengujakan. Terutama selepas kejayaan besar tahun lalu yang berakhir dengan kemenangan bersejarah bagi Ducati di Sepang,” kata Shairan.

Kerjasama berterusan di antara Shell Malaysia dengan SIC sebagai penaja utama MotoGP™ Malaysia mencerminkan komitmennya terhadap masa depan sukan tersebut, negara dan rantau ini.

Acara itu merupakan platform yang sangat sesuai untuk syarikat mempromosikan produk-produknya seperti jenama bahan api premium Shell V-Power dan barisan minyak enjin motosikal premium Shell Advance.

Maklumat lanjut mengenai produk terkini Shell Advance, sila layari laman web:  www.shell.com.my/advance

BACA: MOTOGP SHELL MALAYSIA 2016 CATAT BANYAK REKOD KALI PERTAMA

Google ads
Back to top button