Motosikal

LEBIH 350 MOTOSIKAL VINTAJ JEPUN BAKAL DILELONG JANUARI INI

Kalau hari itu motosikal Itali, kini penganjur acara lelongan motosikal antik dan vintaj terkenal, Mecum di Las Vegas mengesahkan bahawa ia akan melelong jentera buatan Jepun pula.

Berlangsung pada 25 hingga 28 Januari depan, lebih 350 buah motosikal akan dilelong. Antara motosikal yang terlibat ialah Honda CR250s 2007, Suzuki MX Factory racer 1977 yang ditunggang oleh pelumba Gerrit Wolsink untuk memenangi Grand Prix Amerika.

Tidak ketinggalan, jentera lumba Yamaha OW72 yang ditunggang oleh Kenny Roberts pada tahun 1976.

Mecum Las Vegas 2017 juga dijadual melelong 150 buah motosikal jepun daripada koleksi LeeRoy Mitzel. Ia merangkumi 1958 Honda Benly JC58 yang tidak pernah diimport masuk ke AS. Selain jentera Cabton RTS 1955 yang hanya ada satu seumpamanya di AS.

Google ads
Back to top button