Artikel PilihanMotosikal

LELAKI INI UBAHSUAI MOTOSIKAL 150CC JADI SEBUAH SUZUKI HAYABUSA – DAN IA NAMPAK ASLI!

Sebut sahaja Suzuki Hayabusa, secara automatik kita terbayangkan sebuah Hyperbike yang laju, gemuk, 300km/j, jahat dan membuatkan motosikal lain nampak macam basikal.

Realitinya, walaupun Suzuki Hayabusa diperkenalkan penghujung 90-an, ia tetap menjadi penanda aras bagi pengeluar motosikal moden selepasnya. Banyak motosikal direka memang untuk “menewaskan” Hayabusa.

BACA: UBAHSUAI BENELLI TNT JADI PANIGALE

Ia sebuah motosikal ikonik dan idaman ramai orang. Tetapi, lain pula halnya yang berlaku di India di mana sebuah bengkel, GM Customs yang berpusat di New Delhi berjaya hasilkan replika Hayabusa menggunakan sebuah motosikal 150cc.

Motosikal yang dijadikan asas ialah Hero Karizma dan Hero Xtreme. Di bawah ini adalah contoh motosikal Karizma ZMR 150cc.

Sekali imbas, Hayabusa yang dihasilkan oleh GM Customs ini nampak sangat “real” dengan hampir keseluruhan bahagian dibuat dengan teliti. Ia menggunakan kit brek berkembar depan, tayar yang lebar, cukup dengan ekzos berkembar, bentangan meter, bar hendal dan juga kemasan lampu depan belakang.

Kecuali, bahagian enjinnya tidak mendapat apa-apa peningkatan. Hero Karizma dan Hero Xtreme ini dikuasakan oleh enjin satu selinder 14 kuasa kuda.

Mungkin kelajuan maksimumnya kini kurang 100km/j. Berat kot bodypart Hayabusa ni.

Di bawah ada video dan anda boleh nilaikan sendiri betapa telitinya motosikal ini dibina.

Memang Abang Japar tabik hormat!

BACA: INILAH 10 MOTOSIKAL PALING BURUK DI BUMI

Google ads
Back to top button