Artikel PilihanMotosikal

LORENZO DAN MARQUEZ (GANDINGAN MAUT HONDA) – YAMAHA MANA YAMAHA?

Kem HRC bakal menjadi lebih meriah dengan kehadiran Jorge Lorenzo yang bakal bergandingan dengan Marc Marquez. Walaupun sebelum ini kedengaran desas desus yang mengatakan Lorenzo bakal menyertai pasukan satelit Yamaha tapi ternyata Honda bertindak lebih awal dengan menyambar Lorenzo untuk bersama dengan mereka.

Namun ia juga satu khabar sedih kerana ia juga merupakan tanda berakhirnya ikatan Dani Pedrosa dengan Honda. Pedrosa walaupun sudah berlumba selama 12 tahun namun masih gagal merebut kejuaraan dunia. Ye lah bukan semua orang pun mampu menjadi juara dunia.

Walaupun sebelum ini diberitakan kesukaran Lorenzo untuk berlumba dengan pasukan lumba factory tetapi ternyata rezeki menyebelahi beliau untuk bersama pasukan Repsol Honda. Siapa sangka kan?

Ia juga bermaksud Honda kini sudah mempunyai gandingan terkuat dalam saingan MotoGP selepas ini. dua orang pelumba dengan gaya menunggang yang berbeza sudah tentunya akan menjadikan persaingan semakin sengit. Ia juga merupakan khabar baik buat peminat fanatik Honda. Ia juga akan memberikan kelebihan buat pasukan Honda dalam merebut kejuaraan pengeluar.

Tapi harus ingat kemungkinan kedua pelumba ini bercakaran sesama sendiri tetap ada. Kawan kawan juga, tapi adat perlawanan semestinya ada kalah dan ada menang. Kalau ada maih ingat Lorenzo juga pernah mempunyai isu dengan Valentino Rossi sewaktu sama-sama berada dalam pasukan Yamaha.

Lorenzo seorang pelumba dengan ego yang tinggi (sebenarnya semua pelumba pun sama kan?) dan tidak mahu mengaku kalah. Marquez pula terkenal dengan gaya nekad, agresif dan penuh kontroversi. Walaupun keduanya kelihatan mesra antara satu sama lain tapi tidak mustahil pergeseran akan tercetus walaupun dalam kem yang sama.

BACA: MOTOGP BARCELONA – SENARAI PENUH POSISI GRID PERLUMBAAN ESOK

Ini juga mungkin menjadi pemabkin kepada perlumbaan MotoGP yang lebih meriah selepas ini selepas permulaan musim yang hambar. Mana taknya Yamaha masih belum menampakkan taring mereka dan Ducati pula baru mahu bangkit dari masalah-masalah yang dihadapi sudah beberapa tahun. Itu belum campur peraturan-peraturan baru dari Dorna Sports yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada perjalanan MotoGP.

Sokongan yang diberikan oleh HRC semestinya akan membuka peluang buat Lorenzo menjadi juara dunia sekali lagi tetapi rasanya beliau perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan jentera RC213V. Mungkin pada musim seterusnya beliau akan dapat mengawal jentera ini dengan lebih baik dan membuka peluang untuk menjadi juara dunia.

Permergian Lorenzo ke kem Ducati sebelum ini memang membuatkan Yamaha agak goyah dan gagal menyerlah walaupun dengan mempunyai seorang lagi pelumba iaitu Maverick Vinales. Rossi, hmm pada usia yang semakin meningkat Rossi lebih dilihat sebagai duta MotoGP manakala Johan Zarco yang mempunyai potensi yang besar pula telah disambar oleh KTM.

Habis tu kat mana hala tuju Yamaha sebenarnya?

 

 

 

Google ads
Back to top button