Motosikal

MAD MAX TUNGGANG BASIKAL SELAJU 167.6km/j!

Semasa menunggang basikal, berapa laju pernah anda sampai, termasuk apabila menuruni bukit? 15km/j? atau kurang lagi?

Jangan tak tau bahawa seorang lelaki, Markus Stockl telah membuktikan bahawa dia boleh menunggang sebuah mountain bike standard pada kelajuan mencecah 167.6km/j! Lagi laju daripada Savvy Pak Amid.

Lebih menarik lagi, peralatan khas untuk tujuan itu hanyalah satu kostum istimewa dan topi keledar yang direka bagi memberikannya tahap aerodinamik lebih baik. Kostum berwarna merah itu juga berfungsi melindungi tubuhnya jika berlaku sebarang kecelakaan.

Turut dikenali sebagai Mad Max, dia memang suka mencatat rekod-rekod berbahaya seperti ini. Selepas merancang selama dua tahun, Markus akhirnya berjaya menunggang pada kelajuan itu selama 11 saat ketika menuruni bukit di gurun Atacama, Chile.

Sebelum ini, Markus telah melakukan beberapa bentuk persiapan. Antaranya termasuklah membuat ujian di atas semua jenis permukaan jalan, daripada salji hinggalah batu kerikil.

“Bukan senang untuk mencapai kelajuan maksimum. Selepas 160km.j, sangat susah untuk lebih laju lagi,” kata Markus.

Membesar di kawasan pergunungan di Austria, Markus memang sukakan kelajuan sejak dari usia muda lagi. Rekod pertamanya dicatat pada tahun 1999.

Sehingga kini, dia telah mencatat pelbagai rekod. Ini termasuklah di resort percutian Les Arcs di Perancis dan kawasan gunung berapi di Nicaragua.

BACA: PENUNGGANG BASIKAL INI SELAMBA JE POTONG KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI, DI LALUAN BERBUKIT!

Google ads
Back to top button