MENANGI TIKET GRANDSTAND & HILLSTAND MOTOGP 2018 DENGAN DUCATI MALAYSIA

SHARE

Bermula sekarang hingga 31 Oktober 2018, Ducati Malaysia menawarkan peluang kepada peminat Ducati untuk memenangi tiket Grandstand dan Hillstand bagi acara Malaysia Motorcycle Grand Prix (Sepang GP) 2018.

Dengan 80 tiket MotoGP 2018 untuk dimenangi, anda boleh mengharapkan pengalaman Ducati MotoGP yang terbaik!. Pemenang tiket Grandstand layak untuk mendapat rebat ketika membeli pakaian di gerai MotoGP 2018 Ducati dan sesi berjumpa peminat.

Sementara pemenang tiket Hillstand pula akan menikmati hadiah eksklusif dan akses ke Ducati pop-up store serta ruang pameran motosikal.

Untuk layak menyertai peraduan ini, anda hanya perlu:  

  • Tempah atau beli mana-mana model Ducati di pengedar sah Ducati yang terpilih. Anda berpeluang memenangi dua tiket Grandstand – siapa cepat, dia dapat ATAU
  • Tunggang uji motosikal Ducati di mana-mana pengedar sah Ducati yang terpilih
  • Rakam gambar pengalaman anda menunggang motosikal Ducati
  • Muat naik ke laman Instagram atau Facebook dengan hashtag #RIDEandWIN dan tag Ducati Malaysia (Instagram: @Ducati_MY, Facebook: @DucatiMY)
  • Ini melayakkan anda untuk memenangi 1 tiket Hillstand menerusi cabutan bertuah

Cawangan sah Ducati yang mengambil bahagian:

  • Ducati Petaling Jaya
  • Ducati Kuala Lumpur
  • Ducati Penang
  • Ducati Sungai Buloh

MotoGP 2018 akan diadakan pada 2 – 4 November 2018 di Litar Antarabangsa Sepang.

Share this post

scroll to top