MENGAMUK, JAHANAMKAN MOTOR SENDIRI KERANA DISAMAN POLIS

SHARE

Beberapa hari lepas, tular video ini yang menyaksikan seorang lelaki dengan amarah yang membuak-buak menendang, mengangkat, menghempas motosikalnya sendiri. Macam dah hilang akal.

Kejadian yang berlaku di daerah Tanggerang, Selatan Jakarta itu melibatkan seorang pemuda yang kelihatan merosakkan motosikal sendiri. Beliau dikatakan tidak berpuashati apabila ditahan oleh polis dan dikenakan saman.

Penunggang motosikal yang dikenali sebagai Adi Saputra berusia 21 tahun itu ditahan kerana menunggang melawan arus jalan sehala berhampiran pusat pasar BSD.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Tidak berpuashati kerana dikenakan saman, beliau juga turut mengeluarkan kata-kata kesat memaki pegawai polis berkenaan yang dikenali sebagai Bripka Oky. Pegawai tersebut nampak sungguh profesional tak melayan kerenah anak muda tersebut sebaliknya setenang air di kali sambil menulis lengkap surat samannya.

Betul lah kata pepatah, “marahkan nyamuk kelambu di bakar”

Harap-harap makwe tersebut putuslah hubungan dengan pemuda ini kerana kalau kena saman pun dah mengamuk serupa orang gila apatah lagi kalau nanti bini tak bagi pergi ride ke Nasi Bamboo.

Maunya rumah mentua dibakarnya sekali

Share this post

scroll to top