MENYESUAIKAN DIRI DENGAN JENTERA YAMAHA ADALAH PROSES TANPA PENGHUJUNG – FRANCO MORBIDELLI

Morbidelli, Jerez MotoGP test, 2018

SHARE

Ia merupakan ayat yang keluar dari mulut pelumba pasukan baru pasukan Petronas Yamaha SRT sebelum terus mengkagumkan ramai pemerhati bila memecut laju jenteranya pada hari pertama sesi ujian MotoGP 2019 di Jerez.

Pelumba yang memegang gelaran top rookie MotoGP 2018 itu telah menarik perhatian ramai sewaktu sesi ujian dengan catatan masa 1 minit 38.659 saat. Sedikit perlahan berbanding pelumba pasukan Yamaha Movistar sendiri, Maverick Vinales untuk merebut tempat keenam ujian masa.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Pelumba Itali itu bagaimanapun mengakui masih ada ruang untuk diperbaiki dan turut merasakan masalah yang sama seperti dihadapi dua pelumba pasukan factory Yamaha. Morbidelli bagaimanapun merasakan yang kelajuan beliau adalah lebih baik berbanding dengan ujian di Valencia tempohari.

Beliau juga merasakan kemampuan untuk mengekalkan kelajuan pada jarak yang lebih panjang bersama jentera baru pasukan Petronas Yamaha SRT dan cukup optimis dengan motosikal tersebut.

Ujian di Valencia dan Jerez berlangsung dengan positif walaupun ia dikatakan litar yang sukar untuk Yamaha. Dari segi kelajuan di jalan lurus Morbidelli merasakan jentera Yamaha tidak mempunyai masalah tetapi mereka perlu memperbaiki bahagian rentak agar kekal kompetitif sepanjang masa.

BACA: ENJIN BARU MEMANG POSITIF TAPI BELUM MENCUKUPI – ROSSI

Mereka sendiri dalam peringkat memahami dan mempelajari semua aspek motosikal baru itu dan Morbidelli juga cuba untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik sewaktu menunggang.

Selain daripada itu faktor elektronik juga diuji walaupun ianya masih dikirakan sebagai ujian peringkat awal. Pelbagai tetapan diuji untuk mencari formula terbaik bila saingan melabuhkan tirai pada tahun 2019.

Walaupun tempoh untuk menyesuaikan diri dengan jentera Yamaha dikira agak singkat untuk pelumba yang menggunakan jentera Honda Marc VDS sebelum ini, Morbidelli kekal positif dan berkeyakinan penuh dengan jentera baru ini.

Sama seperti budak baru belajar berjalan, mereka mesti menguji jentera baru ini di kesemua litar untuk mendapatkan formula terbaik yang akan digunapakai nanti. Disebabkan itulah Morbidelli menyifatkannya sebagai satu proses pembelajaran yang tiada penghujungnya

Share this post

scroll to top