Motosikal

MICHELIN POWER RS – TAYAR BERPRESTASI TINGGI UNTUK SPORTBIKE

Michelin Amerika Utara memperkenalkan satu model tayar baharu yang didakwa bakal menjadi penanda aras untuk motosikal sport mulai tahun 2017.

Dikenali sebagai Michelin Power RS, ia mula diperkenalkan pada acara Michelin Australian Motorcycle Grand Prix. Produk baharu tersebut menawarkan tahap cengkaman dan kestabilan lebih baik di atas jalan basah/kering.

michelin-power-rs-tires-mekanika-3

Tayar berprestasi tinggi itu disasarkan untuk pengguna yang semakin bijak menilai.  Ia dihasil menggunakan kelongsong tayar dan kompaun getah yang baru dengan sebahagiannya diambil daripada pengalaman perlumbaan di litar.

Tayar belakang menggunakan binaan yang telah dipatenkan, hasil daripada Teknologi Michelin Adaptive Casing (ACT+). Ia didakwa mampu memberikan ketabilan terbaik ketika mengambil selekoh di laluan lurus.

michelin-power-rs-tires-mekanika-2

Terdapat 11 saiz disediakan untuk motosikal bersesaran 250cc dan ke atas. Untuk tayar hadapan saiznya ialah 110/70-ZR17 54W; 120/60-ZR17 55W dan 120/70-ZR17 58W. Bagi tayar belakang pula, saiznya: 150/60-ZR17 66W; 160/60-ZR17 69W; 180/55-ZR17 73W; 180/60-ZR17 75W; 190/50-ZR17 73W; 190/55-ZR17 75W; 200/55-ZR17 78W dan 240/45-ZR17 82W.

BACA: MICHELIN CITY PRO

BACA: TAYAR MICHELIN PILOT SPORT 4

Michelin Power RS akan mula dipasarkan pada Januari 2017.

Google ads
Back to top button